"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   IPP isu
Thursday, July 17, 2008
From The Sun
RM17b which could be better spent elsewhere
THE Bakun Dam will be completed soon, says a reader in an email. "All the power generated can be consumed by Sabah and Sarawak and if there is excess, it can be sold to Indonesian Kalimantan. That will be good for Malaysia," the writer says.

Under these circumstances, he asks a loaded question: "But why is the government reviving the once abandoned undersea cable project from Sarawak to Peninsular Malaysia? Something is wrong."

He further states: "The peninsula has more than enough power generating plants including IPPs (independent power producers). Why is US$5billion (RM17 billion) being spent on a white elephant when what the country wants dearly is a lot of basic needs and price control?"

So, let’s rewind to the time when the prime minister took office in November 2003. He called for a review of several projects which the government had deemed "unnecessary" and "a waste of public funds". Hence, the double tracking project to the north was called off, as was the Broga incinerator project and the crooked bridge linking Johor Baru and Singapore. And more recently, the bullet train to Singapore.

But no one bothered to touch on this undersea project – the most expensive and most ambitious project undertaken by the government.

Does such a project fall into the category of "necessary"? Let’s examine the facts. Tenaga Nasional says the electricity capacity for Malaysia excluding Sarawak exceeds peak demand by 43% while in Sarawak it is only 10%. Peak demand for energy in Sarawak is expected to rise to 860MW this year and to 1,174MW by 2015.

Last month, Bernama quoted Joseph Salang Gandum, the deputy minister of energy, water and communications, as saying said the Bakun Dam would transmit about 100MW of power by next year.

"By 2013 it (Bakun Dam) is expected to begin transmitting 1,600MW to Peninsular Malaysia via the 676km submarine cable across the South China Sea," he said.

But with Peninsular Malaysia already having excess capacity of up to 43%, what is Tenaga going to do with the 1,600MW? Yes, we are drawing foreign investment and we need the power to drive these industries which will be set up.

But let us not forget Sarawak. It too has its fair share of investments coming in. According to media reports, the state-government owned Cahaya Mata Sarawak Berhad has entered into a joint-venture agreement with Australian mining giant, Rio Tinto Aluminum Ltd, to set up a RM7 billion aluminum smelting plant near Bintulu. So, where is this new project going to get its power from if the power generated by Bakun ends up in the peninsula?

In the wake of these developments, two questions have to be answered. One, why is there a need to spend RM17 billion to transmit electricity hundreds of kilometres away? Secondly, where is the smelting plant going to get its power from? Wouldn’t it be cheaper to find other users on the island itself?

The Rio Tinto smelter, at its full capacity needs a substantial amount of elec-tricity, and given its location, can tap the power generated by Bakun. Surely good business sense will dictate a deal between Rio Tinto and Bakun. Why should billions be spent on such a project when there is already a ready buyer for power?

Why would anyone spend billions laying an undersea cable when there is enough domestic demand and there is a ready buyer in the neighbourhood? Besides, why allow parochial Sarawakians to use it to say that this is an attempt by the federal government to "sabotage us"?

At a time when rising food prices have required us to tighten our belts, would it be prudent to spend such a colossal sum of money on something we don’t need? It is time for the Economic Planning Unit to conduct a thorough review, failing which the project would deem a mention in that book for the most expensive white elephant in the country.

TO THE scores of readers who expressed concern and support through email and telephone calls over what I went through last week with the police, thank you for your kind thoughts. Sorry, I have been unable to reply all the email but in these trying times, I can only take consolation in the fact that there are so many of you out there offering words of advice and wisdom. Although I am not a Liverpool fan, I can hear the loud voices of "You’ll Never Walk Alone". Thanks once again and let me reiterate – there’s no personal agenda but an effort to create a better quality of life for all Malaysians irrespective of colour or creed.

R. Nadeswaran says mega projects should be undertaken only if they will bring benefits to the people and the country. He can be reached at: citizen-nades@thesundaily.com

From Blog Anwar

Badam,

Dikesempatan ini saya ingin bagi tahu kemana wang petronas dibazirkan, salah satunya ialah Persatuan Isteri Isteri Menteri Bakti yang mana bila mereka nak buat dinner kat hotel 5 bintang mereka minta sunbangan dari petronas sebanyak satu juta untuk tabung bakti buat dinner, petronas bagi walau pun satu juta sebab isteri menteri junta, lepas tu wang jual meja dinner pun masuk tabung mereka aku rasa tabung bakti adalah persatuan paling kaya kat malaysia. ini kerana kebanyakan menteri takut bini termasuk presiden petronas kalau tak nanti tak ada kerjasama yang tulin.menteri yang paling takut sipolan tu tak perlulah disebut namanya. Tapi yang paling sedih wang petronas dibayar kepada IPP (pengeluar tenaga bebas kroni) bertujuan nak tolong TNB yang mana kantungnya kontang disebabkan diperah oleh IPP kroni UMNO sisa sisa perningalan toksit Tun Mamat Mahadir, amat sayang wang rakyat di pulun oleh dua tiga kerat yang sudah memang kaya raya.Ananda Krishnan, YTL Group. yang menakutkan setiap IPP menpunyai harga yang berbeza untuk dibayar oleh TNB kepada IPP yang guna Arang batu lain harga, yang guna Gas lain harga, yang guna minyak lain harga,yang guna haidro (empangan) iaitu bakun tak tahu pula harganya yang dibeli oleh TNB.Jika BA menang semua perjajian IPP dengan kerajaan akan terbatal dengan sendiri. kita kan menetapkan harga megikut kajian dalam mahu pun luar negara dari mereka yang pakar atau pun dibuka secara tender, siapa boleh bagi harga murah itu yang kita pilih. ini kerana tenaga tidak boleh diturunkan mutunya jika IPP cuba nak buat untung sebab eletrik tidak perlu dibancuh sebelum dijual. tapi masa Tun Mamat Mahadir perintah dia pun sama bodoh dengan UPE unit perancang ekonomi.

Senarai IPP --> http://www.st.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=551&Itemid=1238

From Blog Mujahid

IPP perlu bantu tanggung kos TNB

Sekadar menyalin dan menampalkan artikel ini untuk tatapan dan agar aku tidak akan lupa dengan isu ini.

PENGUMUMAN tarif baru elektrik yang bakal berkuat kuasa 1 Julai ini, antara lain menetapkan levi keuntungan luar biasa (windfall profit levy) dikenakan ke atas pihak penjana-penjana bebas (IPP). Ini suatu perkembangan yang bagus tetapi apakah ia memadai, mencukupi dan wajar?

Sejak tahun 1997, Petronas telah membelanjakan sebanyak RM58.2 bilion untuk subsidi gas asli. Daripada jumlah tersebut, RM27.6 bilion (iaitu 47 peratus) diberikan kepada IPP, RM21.2 bilion kepada TNB dan RM9.4 bilion kepada industri kecil, perusahaan yang lain dan pengguna domestik.

Pada tahun kewangan 2007, Petronas membekal sebanyak 762 juta kubik kaki standard sehari (mmscfpd) atau 36 peratus kepada IPP. TNB menerima sebanyak 27 peratus.
Selama ini, IPP membeli gas asli daripada Petronas pada harga RM6.40 mmBtu (juta unit termal British). Mengikut tarif baru 1 Julai kelak, ia dinaikkan kepada RM14.31 mmBtu.
Kenaikan itu masih di paras bawah harga pasaran semasa iaitu RM33 mmBtu. Bermakna, subsidi yang dinikmati oleh IPP ialah RM18.69. Rakyat hanya disubsidi RM3 bagi setiap liter petrol. Lihatlah ketidakseimbangan ini.

Realitinya ialah masih wujud kelemahan dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara kerajaan dengan IPP dan ia tidak dapat diubah atas nama perjanjian kontrak.
Malah, rundingan antara kerajaan dan IPP yang bermula sejak tahun 2006 pun terpaksa dihentikan disebabkan kegagalan mencapai keputusan muktamad awal tahun lalu.

Rundingan itu ialah untuk membincangkan langkah terbaik bagi mengurangkan rizab tenaga negara, sebagai satu kaedah menurunkan caj elektrik yang dikenakan IPP terhadap TNB.

Sebelum ini, TNB terpaksa membayar kira-kira RM3.3 bilion setahun kepada sembilan IPP yang membekal tenaga mengikut PPA yang dimeterai.

Sembilan IPP itu bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen

Kesemua IPP itu membekalkan 40 peratus daripada jumlah bekalan tenaga negara dan mengikut PPA yang dimeterai, TNB terpaksa membayar untuk semua tenaga elektrik yang dibelinya daripada IPP, walaupun ia tidak dijual kepada pengguna.

Di antara terma-terma itu termasuk IPP boleh memindahkan semua kos kenaikan bahan api (minyak dan arang batu) kepada TNB tatkala TNB sendiri tidak memiliki mekanisme berkaitan tarif.

Sebarang kenaikan harga minyak dan arang batu akan ditanggung secara penuh oleh TNB. Melainkan IPP Generasi Kedua (menggunakan arang batu), lima IPP Generasi Pertama (menggunakan gas) mengenakan caj semua kapasitinya kepada TNB.

Jumlah caj itu difahamkan meningkat menjadi RM4 bilion pada tahun 2007 dan RM5.6 bilion pada tahun 2010. Pembinaan sebuah IPP terbaru dianggarkan menelan kos lebih RM7 bilion dan apabila siap, TNB akan membayar antara RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion.

Pelaburan Dalam konteks ini, IPP boleh mendapat balik pelaburan pembinaannya dalam tempoh antara enam hingga tujuh tahun. Ini bermakna baki tahun-tahun perjanjian akan merupakan keuntungan sepenuhnya, dengan caj operasi dan penyenggaraan yang kecil.

Sememangnya perjanjian dengan IPP yang dimeterai, perlu dihormati oleh TNB dan juga kerajaan yang menjadi pemiliknya.

Program IPP diperkenalkan selepas insiden bekalan elektrik terputus selama 48 jam di seluruh Semenanjung pada 1992. Siasatan kemudiannya mendapati TNB tidak bersalah atas dakwaan cuai, namun reputasinya rosak teruk.

Monopoli TNB bagi penjanaan kuasa dimansuhkan dan program IPP diperkenalkan bagi mengembalikan margin keselamatan bekalan yang mencukupi.

Pengeluaran lesen ketika itu dilihat sebagai membimbangkan kerana ia dilakukan terlalu banyak dan tanpa melihat kewajarannya, sedangkan kos yang terlibat tinggi.

Menurut sumber industri, lebih 150 permohonan diterima oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, merangkumi daripada entiti yang tidak pernah didengar sebelum itu, hinggalah kepada nama-nama besar seperti Genting, Malaysian Resources Corporation Bhd., Sime Darby, YTL Corp dan Ananda Krishnan. Kritikan ketika itu ialah aspek memiliki pengalaman dalam sektor tenaga seperti bukan kriteria yang diwajibkan.

Dalam pemberian lesen IPP, negara mungkin sewajarnya mengikut langkah negara-negara lain seperti Australia dan Kanada yang mana pemberian secara tender untuk memastikan ketelusan.

Pemberian lesen secara terkawal akan memastikan tidak berlakunya lebihan bekalan tenaga sehingga mengakibatkan pembaziran, sedangkan TNB terpaksa menanggung belanjanya.

Tenaga elektrik yang dikeluarkan bukan boleh disimpan atau diletakkan di sesuatu tempat apabila tidak digunakan dan satu-satunya jalan penyelesaian ialah 'buang begitu sahaja'.

Terma-terma PPA yang cenderung kepada IPP sememangnya memacu minat para pelabur dalam dan luar negara, tetapi pada masa yang sama, ia mengehadkan insentif untuk melaksanakan kajian usaha wajar mengenai keadaan sebenar permintaan bekalan elektrik di negara ini.

IPP yang kini meraih keuntungan dalam operasinya, patut menyumbang kepada pembentukan satu dana khusus untuk pembangunan negara ataupun industri berkenaan.
Sumbangan itu tidak semestinya besar tetapi berdasarkan faedah yang diraih oleh setiap IPP.

Malangnya, cubaan untuk mendapatkan kerjasama IPP menemui jalan buntu. Syarikat-syarikat terbabit enggan menyumbang sedikit pun keuntungan mereka bagi membantu TNB membiayai projek bekalan elektrik di Sabah yang sangat kritikal pada masa ini.

Keengganan IPP memberi sumbangan memang aneh tatkala ia menikmati pelbagai insentif daripada kerajaan. Lihat dalam konteks gas - industri penjanaan kuasa elektrik menggunakan sebanyak 62.5 peratus daripada jumlah gas yang disalurkan di Malaysia.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik pada Mac 2007 dilaporkan berkata, mereka (IPP) menawarkan sikit saja tetapi sebagai balasan mahu lima tahun lanjutan tempoh konsesi dan selepas itu mahukan pula lesen operasi tetap. "Jadi saya kata tidak bolehlah," kata beliau.

Pengganti Keng Yaik, Datuk Shaziman Abu Mansor diyakini akan meneruskan sikap tegas kerajaan dalam rundingan yang bakal diadakan. Kerajaan juga wajar mengkaji semula kewujudan IPP hari ini, sama ada memenuhi matlamat-matlamat asal program tersebut atau sudah tersasar. Inilah waktu yang wajar jika mahu mengubah PPA.

Namun faktor paling penting yang mesti dipegang oleh IPP ialah negara sekarang berada dalam situasi 'bahaya yang nyata' akibat kenaikan harga bahan bakar. Tidak mungkin ada pihak boleh lari daripada tanggungjawab.

Seandainya pemilik IPP rasa sudah mempunyai alasan yang cukup untuk menundukkan kerajaan, mereka hendaklah membuka mata seluas-luasnya pasca pilihan raya umum Mac lalu.

Rakyat sudah bersuara. Rakyat tidak mahu menanggung kesan perjanjian yang nyata hanya membebankan mereka sebagai pengguna.

Diharap, dalam rundingan kerajaan dan IPP kali ini, kedua-duanya akan mengambil pendekatan mesra rakyat yang merintih dengan kenaikan 40 peratus harga petrol hari ini.

Artikel Oleh : Johardy Ibrahim
posted by aktivis BERSATU @ 10:27 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak