Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Home: Perak, Malaysia About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan. See my complete profile
Barisan Pimpinan
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.
BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)
PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP) T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN
SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI
EXCO PENERANGAN : AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF LOW CHUN LEONG
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD
EXCO PENGANTARABANGSAAN : MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI (AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)
EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA : SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI SOLEHAH BT. SAMSUDDIN
WAKIL KAMPUS BORNEO : ALIFF B. BASRI
MAKLUMAT PENTING.
Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.
Pada 8 Oktober yang lalu, bencana ribut telah melanda Ladang Felcra Nasharudin yang mengakibatkan hampir 80 buah rumah musnah. Rentetan dari peristiwa itu, Bersatu Perak telah mengambil inisiatif yang cemerlang bagi membantu penduduk Felcra tersebut. Pada 9 Oktober, Bersatu telah melancarkan Tabung Kutipan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada ahli qariah Ladang Felcra Nasharudin. Pelancaran Tabung tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Hafez Sabri selaku Presiden di Akademi Pengajian Islam UM. Kutipan ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah IPT sekitar Lembah Klang dan Perak oleh wakil-wakil Bersatu yang telah diamanahkan. Pada 10 Oktober, Bersatu telah mengahantar beberapa wakil ke tempat kejadian untuk merasai sendiri kesusahan yang dihadapi seterusnya menyumbangkan tenaga dalam membantu penduduk felcra tersebut. Menurut saudara Kamal Ihsan yang mewakili Bersatu ke tempat kejadian, kehadiran wakil-wakil Bersatu ke sana disambut baik oleh penduduk qariah. Malah mereka melahirkan tanda syukur dan gembira di atas komitmen dan bantuan yang diberikan. Apa yang lebih mengagumkan mereka ialah Bersatu merupakan gerakan mahasiswa yang pertama turun ke kampung tersebut untuk memberikan bantuan dan sumbangan dalam meringankan beban yang dihadapi.
Ini merupakan kejayaan cemerlang bersatu dalam menggapai misi yang telah ditetapkan yakni Memperjuangkan Hak, Isu dan Kepentingan Mahasiswa dan Masyarakat. Sekalipun Bersatu seakan-akanbaru berumur setahun jagung kerana penubuhannya baru mencecah 2 bulan, tetapi Bersatu telah membuktikan bahawa penubuhannya sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang didokongi oleh Mahasiswa mampu untuk memberikan satu ketumbukan yang padu dan sumbangan yang besar kepada Negeri Perak.
Mudah-mudahan langkah kecil Bersatu ini, seterusnya menghasilkan langkah seorang pahlawan yang gagah dalam mendokong visi dan misi yang telah ditetapkan.
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:52 AM
Untuk Menjadi Ahli Bersatu,
anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran
kemudian setelah diisi dengan lengkap,
hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com
Anda juga digalakkan untuk membuat
salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain.
Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat
No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207
Program Terdekat
1. Down To Earth
Lokasi : Kg Gajah
Aktiviti : - Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg - Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi - Lawatan Ke Pasir Salak - Dan Lain-lain
2. Kem Pemantapan Kepimpinan
(KPK BERSATU)
Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.
Masa : 3 Hari 2 Malam
Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.
Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.
Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah
" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil
Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’
Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan
memerlukan beberapa perkara penting, antaranya
kesinambungan perjuangan, memperhebatkan
dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan
kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan
hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya
memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan
peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini
terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa
perubahan yang diharapkan.
Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting
dalam usaha membina kecemerlangan, membina
kewibawaan seterusnya membina peradaban
Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.
SASARAN GEMARAK
1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland