"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   
(PEMBETULAN)-Fatwa Pengharaman PENGKID Dan Isu MAK NYAH: Sejauh Mana Bidangkuasa Yang Diperuntukkan Kepada Pihak Berkuasa Agama
Friday, November 21, 2008
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah memutuskan untuk mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Walaubagaimanapun, tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak-pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Pada 7 November yang lalu sebuah demonstrasi telah diatur di ibu negara oleh kumpulan-kumpulan yang berkenaan bagi menyatakan bangkangan mereka terhadap fatwa berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ semakin menular dalam masyarakat.

Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya kerana perwatakan mereka seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini juga tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.

Oleh yang demikian berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dijalankan dapatlah dipersetujui di sini bahawa antara faktor terpenting fatwa ini dikeluarkan adalah bagi menyelamatkan golongan wanita itu sendiri khususnya bagi golongan remaja dan beliawati.

Dalam pada itu, sekiranya kita melihat isu ini dari perspektif undang-undang, pelbagai perkara boleh dibahaskan. Bagi golongan liberal dan sekular yang kerap menimbulkan kontroversi berhubung isu ini acap kali berhujah atas alasan hak kebebasan individu bagi menghalalkan setiap perbuatan dan tingkah laku mereka tanpa batasan. Kumpulan ini juga turut menjaja dan menuntut kebebasan mutlak di seluruh negara atas alasan ianya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada hakikatnya, kita tidak pernah menafikan sama sekali hak kebebasan individu sepertimana yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan. Dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut tentang kebebasan asasi diri yang tidak boleh diceroboh sama sekali oleh mana-mana pihak. Antaranya dalam Perkara 5 tersebut menyatakan bahawa:

(1)“Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang”.

(2) “Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyelahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu, dan melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya”.

(3) “Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu”.

Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa dalam perlembagaan turut memperuntukkan suatu peruntukan khusus berkenaan kesucian agama Islam yang perlu dipelihara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai Agama Persekutuan. Dalam Perkara 3 berkenaan jelas menyebut antaranya:

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.

Dalam pada itu, setiap perkara yang berkaitan dengan urusan agama Islam adalah tertakluk di bawah bidangkuasa Negeri-Negeri. Ini bermakna setiap negeri mempunyai hak dan bidangkuasa untuk menggubal undang-undang masing-masing bagi hal ehwal yang berkaitan dengan urusan umat Islam dan Hukum Syarak termasuk hal ehwal yang berkaitan dengan kesalahan Jenayah Syariah bagi tujuan mengawal perilaku dan akhlak umat Islam, selagi ianya tidak ultra virus atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang terkandung di dalam Jadual Kesembilan Senarai Dua – Senarai Negeri.

Ini bermakna walaupun setiap individu mempunyai kebebasan, namun sekiranya kebebasan tersebut bercanggah dengan agama atau boleh menyebabkan maruah Islam itu tercemar, maka kebebasan tersebut mempunyai batasan tertentu.

Dalam pada itu, sekiranya kita menilai bidangkuasa yang diperuntukkan, kita akan dapati bahawa Ahli Jawatankuasa Fatwa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengeluarkan fatwa . Hal ini sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berhubung Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa. Dalam seksyen berkenaan menyatakan bahawa:

“Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubung dengan Hukum Syarak”.

Manakala dalam Seksyen 49(1) Enakmen yang sama juga jelas menyatakan bahawa mana-mana fatwa yang disiarkan dalam warta adalah mengikat setiap orang Islam sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa tersebut.

Walaubagaimanapun, timbul pula pesoalan mengapa pengharaman tersebut tidak dikenakan ke atas mak nyah? Sebenarnya, fatwa pengharaman terhadap maknyak tidak perlu sama sekali. Ini kerana perbuatan mak nyah atau lelaki yang menyerupai perempuan sudah diketahui haram dari segi hukumnya serta telah sedia termaktub dalam peruntukan undang-undang sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan. Hal ini jelas sepertimana yang terkandung di dalam Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekuatan. Di dalam seksyen tersebut menyatakan bahawa :

"Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya".

Oleh yang demikian berdasarkan hujah dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan jelas menunjukkan kepada kita bahwa fatwa yang telah dikeluarkan baru-baru ini berhubung isu pengkid merupakan suatu peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap umat Islam. Justeru, mana-mana pihak yang mempertikai atau melanggar fatwa ini boleh dikenakan tindakan tegas, begitu juga tindakan yang sama boleh dikenakan atas kesalahan berhubung lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK)

Nama : Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz
Tahun : Kedua
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Syariah (Undang-Undang)
Fakulti : Akademi Pengajian Islam
Universiti : Universiti Malaya, Kuala Lumpur


posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 7:52 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak