
Satu jawatankuasa bagi memobilisasikan mahasiswa BERSATU PERAK untuk Kampus Borneo telah berjaya ditubuhkan. Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan perintis bagi BERSATU PERAK (Wakil Kampus Borneo). Kewujudan jawatankuasa ini bertujuan untuk menggembeling dan memepersatukan kekuatan mahasiswa-mahasiswi yang berasal dari Perak yang sedang menuntut di IPTA/S sekitar kepulauan Borneo seperti negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Keahlian terbuka tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui BERSATU PERAK, para pelajar akan diberikan peluang untuk mendekati masyarakat negeri Perak secara dekat disamping dapat meningkatkan kemahiran insaniah sudah dibuka dengan melakukan pengedaran borang keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli persatuan. Di peringkat jawatankuasa BERSATU PERAK (WAKIL KAMPUS BORNEO), ingin menjemput dan mengalu-alukan penglibatan semua mahasiswa anak negeri Perak yang sedang menuntut di sekitar negeri SARAWAK, SABAH DAN JUGA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN untuk menyertai BERSATU PERAK.(soft skill) setiap individu yang terlibat. Aktiviti-aktiviti telah disusun diperingkat pimpinan BERSATU PERAK dan akan berlangsung setiap kali cuti semester. Pihak jawatankuasa BERSATU PERAK (WAKIL KAMPUS BORNEO) sedang merancang untuk mengadakan aktiviti susulan untuk mengumpulkan mahasiswa-mahasiswi Perak yang sedang menuntut di kepulauan Borneo dalam satu program yang akan diberitahu kelak.
Sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan borang keahlian , boleh terus berhubung dengan: 1) Saudara Aliff Bin Basri : 014-8632101 2) Saudari Nor Maziah Binti Khori : 014-8676480
Labels: BERSATU PERAK MENGUASAI KAMPUS BORNEO |
salam warga BERSATU.
Ana nak tahu siapa masul tok BERSATU di Sarawak?
Apakah pgrm yg nak dibuat di sini?
Mcm mana nak jd ahli nya?