"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   Berhati-hati Pelawaan Mereka
Tuesday, July 29, 2008
Ipoh, 29 julai : Pengerusi penaja Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak, saudara Muhammad Afiq Mhd Khazar telah mengeluarkan kenyataan media nya disini menyaran agar kerajaan Perak meneliti terlebih dahulu pelawaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali terhadap PAS semalam.

Muhammad afiq dalam kenyataan nya telah meminta kerajaan Perak agar membentuk sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat fakta sebenar yang diutarakan oleh bekas menteri besar Perak tersebut. Beliau menyebut, kenyataan Datuk Tajol Rosli itu mungkin mempunyai agenda lain yang perlu kepada perincian yang rapi. tindakan yang amat berhati-hati perlu pada saat ini agar tidak tersilap langkah. Beliau turut meminta pakatan yang lain bersifat terbuka dalam hal "perbincangan yang berlaku antara PAS dan UMNO".

Beliau turut memberitahu pemberita, Perak merupakan model kerajaan contoh pasca PRU ke 12 yang menjadi sasaran seluruh negara malahan dunia. oleh kerana itu banyak pihak mahu mengambil kesempatan atas kelebihan kerajaan campuran di Perak ini.

Labels:

posted by aktivis BERSATU @ 10:02 PM  
3 Comments:
  • At July 30, 2008 at 2:16 AM, Blogger Admin said…

    Saya melihatkan kepincangan politik di kalangan Pakatan Rakyat telah menyebabkan UMNO di Perak menggunakan peluang dengan sebaiknya. Tidak dinafikan bahawa satu peluang baik untuk membentuk kerajaan Islam di Perak dengan gabungan antara UMNO dengan PAS seperti yang dikatakan Tajul Rosli dalam mengulas pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi perlu diingat bahwa keputusan kerajaan negeri nanti tertakluk kepada kerajaan pusat yang didokongi oleh Puak-Puak BN. Akhirnya masih sama, walaupun Tajol Rosli dengan niat “ikhlas” tidak mahu sebarang jawatan di kerajaan negeri. Juga kesan seterusnya ialah kepada kerajaan pakatan rakyat dinegeri2 lain. Trust untuk PR mungkin akan berkurangan dan pada PRU akan datang kepincangan ini yang akan dimainkan BN sebagai senjata mereka. Bagi saya, jika benar UMNO hendak membawa Islam sebagai pegangan mereka, mereka perlu berani ke hadapan untuk menggunakan kerajaan negeri yang dikuasai mereka contohnya Johor. Mereka tiada kekangan untuk melaksanakan kerajaan Islam di sana, tidak seperti PAS yang mempunyai kekangan dengan PR. Mengapa perlu Perak menjadi permulaan?
    Saya juga mahu mengulas persoalan segenap pihak yang mengutuk TGNAA dalam kenyataannya supaya UMNO dan PAS dibubarkan untuk memberi laluan kepada parti baru berlandaskan Islam. Saya menegaskan bahawa TGNAA adalah tokoh politik yang humble dan terulung. Bagi saya sengaja TGNAA berkata begitu supaya umum sedar bahawa PAS sanggup membubarkan parti untuk ISLAM tetapi tidak bagi UMNO. Bagi saya, TGNAA sudah menjangkakan bahawa UMNO tidak akan sama sekali membubarkan partinya demi Islam. Bagi ustaz,ustazah, alim-alim dari pihak UMNO perlu sedar akan perkara ini. Inilah politik…

     
  • At July 30, 2008 at 3:19 PM, Blogger test said…

    This comment has been removed by the author.

     
  • At July 30, 2008 at 3:20 PM, Blogger test said…

    Syabas buat mahasiswa Bersatu Perak. Sebagai anak Perak yang cintakan negeri ini, saya merasakan adalah kurang relevan bagi kerajaan negeri yang kini memegang tampuk pemerintahan bekerjasama UMNO yang seolah-olah memberi bantuan CPR buat pengganas@penjenayah yang sedang kelemasan di lautan isu yang bakal menenggelamkannya. Saya merasakan kerajaan negeri wajar mengkaji sedalam-dalamnya tawaran tersebut. Bagi PAS pula, meskipun TGNA dikatakan orang sudah lama memakan garam di dalam arus politik perdana, seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Sekali lagi, sebagai rakyat yang cintakan negeri Perak, saya menyokong penuh sebarang usaha Menteri Besar yang dilihat mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas berbanding yang sebelum ini.

     
Post a Comment
<< Home
 
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak