Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Home: Perak, Malaysia About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan. See my complete profile
Barisan Pimpinan
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.
BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)
PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP) T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN
SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI
EXCO PENERANGAN : AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF LOW CHUN LEONG
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD
EXCO PENGANTARABANGSAAN : MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI (AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)
EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA : SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI SOLEHAH BT. SAMSUDDIN
WAKIL KAMPUS BORNEO : ALIFF B. BASRI
MAKLUMAT PENTING.
Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.
Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air. Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya.
Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.
terima kasih sharing ilmunya... selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...
mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah...? untuk itu saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
Untuk Menjadi Ahli Bersatu,
anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran
kemudian setelah diisi dengan lengkap,
hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com
Anda juga digalakkan untuk membuat
salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain.
Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat
No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207
Program Terdekat
1. Down To Earth
Lokasi : Kg Gajah
Aktiviti : - Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg - Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi - Lawatan Ke Pasir Salak - Dan Lain-lain
2. Kem Pemantapan Kepimpinan
(KPK BERSATU)
Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.
Masa : 3 Hari 2 Malam
Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.
Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.
Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah
" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil
Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’
Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan
memerlukan beberapa perkara penting, antaranya
kesinambungan perjuangan, memperhebatkan
dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan
kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan
hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya
memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan
peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini
terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa
perubahan yang diharapkan.
Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting
dalam usaha membina kecemerlangan, membina
kewibawaan seterusnya membina peradaban
Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.
SASARAN GEMARAK
1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland
terima kasih sharing ilmunya...
selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...
mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah...? untuk itu saya membuat tulisan tentang
"Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/