"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) bangga akan kebijaksanaan Menteri Besar Perak
Friday, September 12, 2008
Selepas tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu,Pakatan Rakyat(PR) yang dianggotai PAS,PKR dan DAP telah membentuk kerajaan Negeri Perak yang baru dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak daripada 59 kerusi DUN.Selebihnya dimenangi oleh BN yang diketuai oleh UMNO sebagai Ketua Pembangkang yang baru oleh Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali,bekas Menteri Besar Perak pada penggal yang lepas.

Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar sejak 8 Mac lalu,selama 6 bulan mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak,Dato’ Seri Ir.Nizar Jamluddin, sudah banyak perubahan dan pembaharuan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya.Antaranya ialah memberi 400 ekar tanah kepada sebuah sekolah aliran Cina yang dipolitikkan oleh Umno/BN kononnya Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak mementingkan orang Melayu di Perak dengan membantu sekolah aliran Cina di Perak padahal ia tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan BN yang sudah pasti berbaur perkauman menjadi dasar pemerintahan parti itu.

Begitu juga dengan isu Sekolah Agama Rakyat di Perak,kerajaan Perak juga member 1,000 ekar kepada SAR negeri itu.Ia juga tidak pernah berlaku sepanjang Umno/BN memerintah selama 50 tahun walaupun Umno mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu,dan ini jelas menunjukkan singkatnya akal kerajaan sebelum ini memerintah negeri perak.

Kesimpulannya,kami dari Gabungan Mahasiswa Perak (BERSATU) membawa suara mahasiswa negeri Perak Semalaysia menyokong penuh kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih dengan cara yang terhormat dalam menghadapi rintangan dan cobaan selama menjadi kerajaan baru Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

MOHD HAFEZ BIN SABRI
PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA
BERSATU PERAK (BERSATU)

Istiqamah_ilmu@yahoo.com
mahasiswa_perak@yahoo.com

Tel No: 019-5255990

Labels:

posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:29 PM  
2 Comments:
  • At September 24, 2008 at 3:32 PM, Blogger Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak said…

    MENGAPA KITA CEPAT MELATAH??....

    Belum pun reda isu tentang rasuah dua exco Kerajaan Negeri Perak, kini timbul pula isu baru yang sedang hangat diperkatakan hari ini. Isu mengenai pemberian 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak. Hampir semingu lebih isu berkenaan rasuah dua exco Kerajaan Negeri Perak menjadi isu utama di muka hadapan dada –dada akhbar metropolitan. Bukan itu sahaja, isu rasuah ini juga menjadi salah satu isu panas sewaktu kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Isu demi isu cuba digembar-gemburkan dan dimanipulasi oleh media massa. Surat khabar, radio televisyen dan semua media massa memainkan isu yang sama seakan-akan semuanya telah dirancang agar dapat menggugat kredibiliti dan kepimpinan Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ir Nizar.
    Saya pernah terfikir, mengapakah pihak-pihak yang berkenaan tidak member kesempatan serta peluang yang sewajarnya kepada Kerajaan Negeri yang baru untuk membuktikan kredibiliti kepimpinan di bawah pemerintahan Yang Berhormat Nizar. Kita seolah-olahnya bertindak dengan sentiasa mengecam dan -mencari kesalahan agar isu-isu hangat ini dapat menggugat serta memporak-perandakan kerajaan Negeri. Sebagai rakyat,kita sewajarnya, berfikiran positif serta optimis dalam menangani sesuatu isu yang berlaku dan bukannya mengambil tindakan yang membabi buta dengan memanipulasi pihak-pihak yang tertentu untuk kepentingan diri sendiri.
    Adakah wajar bagi kita untuk menilai serta mengecam kerajaan yang baru setahun jagung memerintah ? Mengapa kita sebagai rakyat tidak memberi peluang kepada Menteri Besar sendiri untuk memberi penjelasan serta menerangkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri Perak khususnya berkaitan dengan isu-isu yang panas cuba direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa ada bukti yang kukuh.Sebagai manusia yang dikurniakan nikmat paling besar iaitu akal, kita seharusnya membuat penilaian yang adil dan saksama agar tiada pihak yang teraniaya dalam sesuatu perkara atau kes yang berlaku. Kita tidak seharusnya cepat melatah dan membuat penilaian tanpa mendengar daripada semua pihak bahka perlu kepada suatu pemahaman dan pengetahuan yang luas dalam mengetahui sesuatu isu yang berlaku agar segala pertimbangan yang dibuat adalah di atas neraca keadilan.
    Tidak mustahil selepas ini akan timbul pelbagai lagi isu-isu panas dan perkara ini adalah lumrah bagi sebuah kerajaan yang baru memerintah. Segala mehnah dan tribulasi perlu diharungi dan sebenarnya proses inilah yang akan mematangkan sesebuah kerajaan yang sedang memerintah. Ujian dan halangan ini perlu ditangani dengan sifat sabar dan yakin serta bertawakal kepada Allah agar kerajaan negeri sekarang ini akan sentiasa terpelihara di bawah naungan Ilahi.

     
  • At January 29, 2009 at 6:12 PM, Blogger rizuan mh said…

    kome ni anak manje nizar ke..ehm elok la tu.sok pakat ramei2 nunggang kembiri baru bang nizar tu ye

     
Post a Comment
<< Home
 
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak