Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Home: Perak, Malaysia About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan. See my complete profile
Barisan Pimpinan
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.
BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)
PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP) T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN
SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI
EXCO PENERANGAN : AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF LOW CHUN LEONG
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD
EXCO PENGANTARABANGSAAN : MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI (AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)
EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA : SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI SOLEHAH BT. SAMSUDDIN
WAKIL KAMPUS BORNEO : ALIFF B. BASRI
MAKLUMAT PENTING.
Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.
IPOH 21 Oktober: Isu cadangan menaikkan cukai tanah sebanyak 500% oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini selesai setelah diadakan perbincangan khusus antara beberapa pemimpin Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) dengan pihak kerajaan negeri.
Menurut Presidennya, saudara Mohd Hafez Sabri, hasil daripada perbincangan tersebut didapati bahawa isu tersebut hanyalah merupakan propaganda yang dimainkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dengan menuduh seolah-olah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab dan menzalimi orang ramai.
"Kami telah berjumpa sendiri dengan wakil kerajaan negeri dan hasilnya kami dapati bahawa isu ini hanyalah gimik politik yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan" katanya.
"Kami juga kesal dengan tindakan beberapa media arus perdana di negara ini khususnya Utusan Malaysia yang membuat liputan yang tidak berasas dan membuat pembohongan kepada orang ramai. Justeru kami mendesak kepada mereka untuk memohon maaf segera atas pembohongan yang dilakukan" ujarnya lagi.
Mahasiswa Bersatu Perak,bersetuju dengan tindakan tegas dan adil yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin keatas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang telah membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai “sedekah” telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut. Menurut Mohd Hafez Sabri Presiden (BERSATU) “Di peringkat Mahasiswa Perak kami melihat keputusan ini dibuat kerana beliau tidak layak untuk mewakili kerajaan dalam majlis (kerajaan tempatan) ,dan dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan pimpinan pakatan rakyat perak tidak boleh melindungi pemimpin yang tidak berguna untuk rakyat disebabkan kesalahan berat mereka lakukan akan tetapi, Pimpinan pakatan rakyat perak mestilah berusaha melindungi kekuatan kerajaan PR Perakdalam rangka kerja bagi meningkatkan reputasi cemerlang dalam usaha menabur bakti kepada rakyat perak”. Disini dapat dilihat kehendak di peringkat mahasiswa perak selari dengan tindakan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan pimpinan negeri dalam mennyelesaikan kes ini secara baik.
Sehubungan itu kami di peringkat mahasiswa perak ingin membangkitkan beberapa perkara dan persoalan, Antaranya kaedah membawa saksi Imran ke mahkamah ialah melalui pengakuanZul Hassan dan Azrim yang telah didorong oleh Imran untuk menerima ’sedekah seks’. Cuma apa yang dibimbangi adakah Jumri Suri akan menggunakan tangan ghaibnya dengan tidak memanggil saksi Imran? Sekiranya Imran dibawa ke mahkamah syariah, sebahagian kes melibatkan dua exco dan Usaili akan dijawab. Siapa yang mintak duit begitu banyak? Apa kerja sebenar Imran? Bagaimana BPR boleh terlibat? Siapa yang bawa pelacur Cina melacur? Kenapa bagi pelacur Cina kepada mereka?Bagaimana dengan undang-undang imigresen terhadap pelacur ini? Siapa yang luluskan pelacur Cina boleh melacur?Dan soalan paling utama, siapa majikan Imran dalam percaturan kotor ini?
Mahasiswa perak sentiasamenunggu jawapan daripada Imran,serta menggesa pihak BPR dan mahkamah supaya menyoalsiasat Imran secara terperinci serta berlaku adil dengan menyiasat siapakah dalang yang telah menjadi punca kepada perlakuan maksiat tersebut berdasarkan Seksyen 29 yang telah diperuntukkan.Mahasiswa juga menggesa supaya Imran dan “rakan sepasukannya” sama sekali tidak boleh dilindungi oleh kuasa politik kotor,Ini adalah kerana berkemungkinan terdapat dalang konspirasi kes ini dalam strategi menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat perak?
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita umat Islam menyambut AidilFitri setelah melalui ujian sebulan berpuasa . Bagi pihak pimpinan serta seluruh warga Gabungan Mahsiswa Bersatu Perak (BERSATU), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada anak-anak Perak dan seluruh umat Islam umumnya. Aidilfi tri adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang bertakwa yang berjaya membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu dan seterusnya meneruskan jihad dalam mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah swt. Kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang bakal menghadapi ujian akhir tahun masing-masing selepas hari raya ini, saya mendoakan agar anda semua berjaya dengan penuh cemerlang. Janganlah kita leka akan tanggungjawab dan amanah yang telah diletakkan di bahu kita sebagai hamba kepada Allah dan juga anak kepada kedua ibubapa kita.
Buatlah yang terbaik, semoga usaha anda itu akan menambahkan lagi sinar di dalam kehidupan masing-masing. Sifat sabar juga harus ditekankan di dalam semua aspek kehidupan. Janganlah kerana terlalu gembira kita melupakan adab-adab yang diajarkan Islam dalam menyambut Hari Raya ini. Bersatu Perak Perurutusan Hari Raya Kita juga seharusnya berasa bersyukur kerana kita masih dapat merayakan hari raya dengan ahli keluarga tersayang tatkala ada di antara kita yang kehilangan orang yang dikasihi sebelum hari raya ini. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk memohon kemaafan dan memaafkan antara satu dengan yang lain. Kita jauhkan rasa dendam dan irihati demi kepentingan umat Islam seluruhnya.
Di dalam kegembiraan kita meraikan hari raya ini, haruslah kita ingat akan saudara mara kita yang sedang menghadapai ujian dari Allah SWT. Kita mendoakan agar saudara mara kita di Palestin, Chechnya, Kashmir dan dimanamana sahaja tabah dan redha akan ujian ini. Sesungguhnya ujian ini adalah tarbiyyah dari Allah, untuk menguji samada kita akan bersabar atau sebaliknya. Seterusnya pada kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada para sahabat yang telah berkerja keras di dalam memastikan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) ini semakin kukuh dan hebat dalam memacu gerakan mahasiswa anak-anak perak khasnya,. Jasa baik saudara saudari sekalian, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Begitu pantas masa berlalu, dalam kesibukan kita menjalani tugas seharian, sedar atau tidak, hari ini telah genap 24 hari kita berpuasa...Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya Syawal pula bakal menjelang tiba. Terdengar-dengar lagu Aidilfitri yang rancak dimainkan di corong-corong radio. Terbau-bau lemang dan rendang yang bakal disajikan pada hari Raya nanti…. Sama-samalah kita penuhi 14 hari terakhir Ramadhan ini dengan amal ibadah kepadaNya...semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.
Warga BERSATU yang dikasihi,
Kehadiran saya di sini, bukanlah untuk memberi tazkirah Ramadhan, sebaliknya kehadiran saya adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sedikit maklumat dan pandangan saya berhubung dengan isu politik yang hangat melanda negeri Perak baru-baru ini. Sebelum itu, ingin saya katakan, pengetahuan saya berkaitan politik negara khususnya politik di Perak adalah sangat cetek. Terus terang saya katakan, saya kurang berminat untuk mengambil tahu kerana bagi saya politik negara hari ini semakin memeningkan. Namun pada suatu hari, rakan saya meminta sedikit bantuan, lalu menyebabkan saya berasa perlu untuk saya mengambil tahu. Setelah itu, saya menjalankan pembacaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan politik. Oleh itu, saya harap, segala apa yang saya coretkan di dalam warkah ini dapat diterima oleh semua pihak.
Negeri Perak menggemparkan negara apabila Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan pada pilihanraya 15 Mac lalu sekaligus membentuk kerajaan baru. Kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat semakin bijak dan berani dalam memilih pemimpin mereka. Negeri Perak pada hari ini adalah di bawah pemerintahan Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin. Namun, belum sempat Menteri Besar kesayangan kita ini menjalankan tugas dan amanah beliau dengan tenang, timbul pula pelbagai isu yang cuba menjatuhkan kredibilitinya. Ada sahaja kesalahan yang ditimbulkan oleh-oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan kedudukannya kini.
Seandainya rakan-rakan masih ingat lagi, beberapa bulan yang lalu telah timbul isu rasuah dua exco kerajaan negeri Perak yang dituduh menerima rasuah. Kesannya, pimpinan kerajaan Perak telah dipandang serong oleh masyarakat. Namun, setelah dijalankan siasatan oleh pihak yang berkenaan, didapati kedua-dua exco tersebut adalah tidak bersalah.
Kini, timbul pula isu yang menyatakan bahawa kerajaan Perak tidak adil dan berat sebelah di atas langkah kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sahaja sedangkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil yang rata-ratanya daif juga memerlukan bantuan dan perhatian daripada kerajaan negeri. Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan berpendapat bahawa Menteri Besar kita tidak mengamalkan prinsip keadilan kepada semua kaum dan aliran sekolah serta tindakan beliau tidak sejajar dengan janji-janji manis yang dilafazkan semasa pilihan raya umum lalu.
Hakikatnya, media hanya menyebarkan berita yang tersurat sahaja. Berdasarkan kenyataan-kenyatan yang dikemukakan oleh pihak media, saya sendiri turut berasa pelik dengan tindakan kerajaan Perak. Mengapa mereka hanya memberikan tanah kepada sekolah Cina sahaja?. Namun, setelah diselidiki maklumat yang tepat, ternyata Menteri Besar kita bukanlah seorang yang berat sebelah seperti yang digembar-gemburkan oleh media.
Kerajaan Perak sedang memproses kelulusan tanah kira-kira 1,000 hektar tanah kepada sekolah agama persendirian dan beberapa institusi Islam di Perak. Kerajaan negeri turut memberi peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif. Peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media. Kedudukan yang disandang oleh Menteri Besar kita kini adalah hasil kepercayaan rakyat yang pelbagai kaum. Mustahil bagi beliau untuk bersikap tidak adil dengan memihak kepada satu kaum sahaja. Rasionalnya, peruntukan 1,000 hektar tanah adalah suatu jumlah yang sangat besar yang memerlukan sedikit masa untuk diluluskan. Pihak yang terbabit pasti lebih mengetahui.
Mahasiswa BERSATU,
Kesimpulannya, ingin saya nyatakan bahawa, kita tidak boleh terlalu cepat mempercayai berita-berita yang dipaparkan di dada akhbar yang rata-ratanya menyiarkan cerita yang dikemukakan tanpa diselidik secara mendalam terlebih dahulu. Kebiasaanya cerita ditulis secara tokok tambah bagi menyedapkan cerita tersebut agar jualannya laris. Pembaca yang berilmu, mungkin dapat menghidu bahawasanya cerita-cerita di akhbar kebanyakan dikarang secara beremosi yang ternyata berat sebelah dan mudah mempengaruhi minda pembaca. Namun, tidak semua akhbar bersikap demikian.
Mungkin kenyataan saya ini salah namun inilah hakikatnya. Sememangnya akhbar penting dalam hidup kita agar segala perkembangan yang berlaku baik di dalam mahupun luar negara dapat kita ketahui. Namun, kita perlu bijak dalam menerima berita-berita yang dibaca. Banyakkan membaca pelbagai akhbar. Pengetahuan itu penting, tetapi ia perlu diiringi dengan akal dan kebijaksanaan tetapi bukan perasaan. Berkaitan isu politik Perak pula, tidak salah untuk kita memberi peluang kepada kerajaan baru ini merancang strategi pentadbiran mereka.
Lumrah alam, setiap yang baru itu pasti ada kekurangan di mana-mana. Perkara yang baik kita terima dan yang kurang itu kita bantu dan cuba betulkan bukannya diiringi dengan tohmahan dan ancaman. Baik biru muda, biru tua, hijau mahupun putih kesemuanya bertanggungjawab memastikan kebajikan rakyat terjaga. Kesempurnaan memerlukan perhubungan baik di antara semua pihak. Buat akhirnya, semoga Ramadhan ini dapat mendidik jiwa kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Wasalam....
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) melihat Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini telah menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka.
Suatu ketika dahulu beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini yang dikenakan kepada mereka. Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, meskipun dibayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah lain. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi tohmahan yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini.
kami selaku mahasiswa berasa pelik dan hairan mengapa perkara ini tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan pimpinan barisan nasional sebelum ini, kita boleh bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan,akan tatapi ia dibayar setelah SAR dapat duit dari merata sumber. Begitulah nasib SAR ketika itu.
Kini Alhamdulilah, kerajaan Pakatan Rakyat yang suatu ketika dulu menjadi pembangkang yang menentang tindakan zalim ini, akhirnya setelah diberi mandat oleh rakyat bagi mengambil alih kuasa ini telah mengembalikan semula hak mereka bagi membolehkan SAR mengurus tadbir dengan baik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan SAR.
Baru-baru ini penantian yang penuh penyeksaan ini diakhiri dengan penyerahan cek-cek bantuan perkapita kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena majlis Perasmian Masjid tersebut. Sebahagiannya akan diserahkan pada majlis yang lain. Kami selaku mahasiswa,dan juga merupakan anak kelahiran perak amat menyokong kebijaksanaan Menteri Besar Perak barisan exco dan seluruh adun pakatan rakyat perak kerana dapat mengemudi kerajaan perak dengan adil dan saksama.
Apa yang membanggakan lagi YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin juga telah mengumumkan bahawa kerajaan PR akan turut menganugerahkan sebidang tanah kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR.Oleh kena (BERSATU) , sekali lagi ingin menyatakan bahawa mahasiswa akan sentiasa menyokong segala tindakan dan keputusan kerajaan negeri perak dalam usaha memberikan kebajikan dan keadilan kapada rakyat jelata.selaku mahasiswa kami sentiasa mengikuti perjalanan kerajaan perak kerana mahasiswa adalah generasi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan,yamg sememangnya pandangan dan pemikiran mereka perlu diambil serius oleh kerajaan bagi mengukuhkan jaringan kekuatan dalam memimpin sesebuah kerajaan..
MOHD HAFEZ BIN SABRI PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)
Selepas tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu,Pakatan Rakyat(PR) yang dianggotai PAS,PKR dan DAP telah membentuk kerajaan Negeri Perak yang baru dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak daripada 59 kerusi DUN.Selebihnya dimenangi oleh BN yang diketuai oleh UMNO sebagai Ketua Pembangkang yang baru oleh Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali,bekas Menteri Besar Perak pada penggal yang lepas.
Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar sejak 8 Mac lalu,selama 6 bulan mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak,Dato’ Seri Ir.Nizar Jamluddin, sudah banyak perubahan dan pembaharuan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya.Antaranya ialah memberi 400 ekar tanah kepada sebuah sekolah aliran Cina yang dipolitikkan oleh Umno/BN kononnya Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak mementingkan orang Melayu di Perak dengan membantu sekolah aliran Cina di Perak padahal ia tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan BN yang sudah pasti berbaur perkauman menjadi dasar pemerintahan parti itu.
Begitu juga dengan isu Sekolah Agama Rakyat di Perak,kerajaan Perak juga member 1,000 ekar kepada SAR negeri itu.Ia juga tidak pernah berlaku sepanjang Umno/BN memerintah selama 50 tahun walaupun Umno mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu,dan ini jelas menunjukkan singkatnya akal kerajaan sebelum ini memerintah negeri perak.
Kesimpulannya,kami dari Gabungan Mahasiswa Perak (BERSATU) membawa suara mahasiswa negeri Perak Semalaysia menyokong penuh kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih dengan cara yang terhormat dalam menghadapi rintangan dan cobaan selama menjadi kerajaan baru Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.
MOHD HAFEZ BIN SABRI PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)
EURO 2008 telah menyaksikan satu persembahan hambar oleh jaguh2 dari benua eropah. seawal penyingkiran ENGLAND dalam pusingan kelayakan. disusuli kelibat rasaksa eropah seperti Perancis, Belanda dan alain2 yang turut mengecewakan. malah, persembahan di peringkat final antara spain dan germany juga tidak seperti dijangka. persembahan mereka dilihat tidak wajar dan kurang menyengat memandangkan mereka merupakan jagoan bola sepak bertaraf dunia.
itu cerita bola sepak, bagaimana pula bila kita cuba analaogi kan pemain bola sepak dengan seorang menteri berdepan dengan bekas timbalan perdana menteri malam tadi. mungkin anda mempunyai pandangan dan intrepretasi masing2 dalam hal ini. sebelum menyentuh mengenai isi perdebatan ini, kita lihat dulu beberapa perkara yang menjadi persoalan sebelum perbahasan :
1) mengapa debat diadakan di dewan bahasa dan bukan di tempat terbuka spt stadium etc? 2) mengapa anwar dipilih mewakili pembangkang dan bukan ketua pembangkang? 3) adakah shabery chik wakil kerajaan yang paling tepat untuk berdepan isu MINYAK? 4) kebebasan media sudah terlaksanakah dengan hanya menyiarkan debat secara "live" di TV 9 5) pastikah johan jaafar org paling adil sebagai moderator debat?
" HARI INI KERAJAAN MEMERINTAH , ESOK MINYAK TURUN"
laungan ini menjadi tajuk pilihan debat antara pemimpin de facto PKR dan Menteri Penerangan yang baru: datuk shabery chik. TV3 dalam buletin utama , 1 jam sebelum debat telah memaklumkan keuntungan Petronas sebanyak RM61 billion selepas cukai dan lain2 expanses. sejak 1974, Petronas telah memberi pada kerajaan sebanyak RM234billion dan pada tahun ini sahaja 4.8billion diperuntukkan untuk kerajaan negeri sebagai royalti. pengumuman ini telah memberi kredit besar buat rakyat dan pendebat untuk memanipulasi isu ini yang dilihat memihak kepada Pakata Rakyat. adakah ini percaturan ,Menteri Penerangan??
persoalannya adalah.. dimanakah duit keuntungan ini dibelanjakan oleh kerajaan? permasalahan nya adalah pengurusan harta kekayaan negara ini adakah di urus tadbir dengan bijaksana dan cermat? masalah yang utama adalah penderitaan rakyat. pimpinan kerajaan terus menerus mempertahankan keputusan kabinet seolah2 keputusan itu tiada kompromi fdan tidak langsung menyelami perasaan dan rintihan rakyat. keringat peluh kepayahan rakyat dari golongan nelayan yang terpaksa meredah lautan ombak, petani yang terpaksa membanting tulang di tengah mentari panas hanya kerana mereka ini mahu mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. kenaikan mendadak harga minyak sudah pasti menambah derita yang belum pasti bila sudah nya. ibarat sudah jatuh di timpa tangga. adakah pemimpin kerajaan benar2 menyelami hal ini??? rakyat terus derita, terus terseksa dan kesannya ekonomi negara akan merudum. beras naik dari RM 17.00/10KILO kepada RM29.00/10KILO. apa rakyat mahu makan?
" apa nasib mahasiswa"
ayuh la golongan pemuda kita fikirkan nasib masa depan kita.. mampukah kita menyara anak isteri dalam keadaan minyak pada harga RM 4.00/liter kelak, beras RM 40.00/10kilo. ini persoalan nya. inflasi rate pada tahun 2006 bila mana minyak naik 30sen adalah pada kadar 4.5%, dan bilamana pada bulan ke -2 selepas dinaikkan 70 sen , inflasi naik ke paras 8%. kadar ini akan terus meningkat kerana ekonomi rakyat negara kita terkesan dengan kenaikan minyak. pendek kata, minyak naik, inflasi turut naik.
apa nasib mahasiswa, kesan terhadap kos pembelajaran kita, duit makan meningkat, pengangkutan meningkat, duit buku meningkat, duit sewa rumah/hostel meningkat. apakah mampu kita meneruskan pembelajaran kita 2-3 tahun akan datang dengan begini keadaan nya. bagaimana dengan cas PTPTN. bagaimana golongan muda mahu teruskan pelajaran jika kos terlalu tinggi. sekaligus ruang pendidikan akan terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. ibu bapa tidak mampu menghantar anak2 ke IPT/IPTA atau kalau mampu pu, mereka akan BERHUTANG.....
Untuk Menjadi Ahli Bersatu,
anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran
kemudian setelah diisi dengan lengkap,
hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com
Anda juga digalakkan untuk membuat
salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain.
Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat
No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207
Program Terdekat
1. Down To Earth
Lokasi : Kg Gajah
Aktiviti : - Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg - Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi - Lawatan Ke Pasir Salak - Dan Lain-lain
2. Kem Pemantapan Kepimpinan
(KPK BERSATU)
Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.
Masa : 3 Hari 2 Malam
Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.
Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.
Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah
" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil
Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’
Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan
memerlukan beberapa perkara penting, antaranya
kesinambungan perjuangan, memperhebatkan
dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan
kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan
hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya
memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan
peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini
terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa
perubahan yang diharapkan.
Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting
dalam usaha membina kecemerlangan, membina
kewibawaan seterusnya membina peradaban
Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.
SASARAN GEMARAK
1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland