"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   Budaya Pengkid Ancam Masyarakat
Wednesday, November 26, 2008
MUZAKARAH Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu memutuskan untuk mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Bagaimanapun, tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan, sudah ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan itu. Pada 7 November lalu, satu demonstrasi diatur di ibu negara oleh kumpulan terbabit menyatakan bangkangan mereka terhadap fatwa berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, fatwa itu dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ yang semakin menular dalam masyarakat.

Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya kerana perwatakan mereka seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini juga tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.

Oleh yang demikian, berdasarkan penelitian dan kajian dijalankan, dapatlah dipersetujui bahawa antara faktor terpenting fatwa ini dikeluarkan adalah bagi menyelamatkan golongan wanita khususnya bagi golongan remaja dan belia.

Dalam pada itu, sekiranya kita melihat isu ini dari perspektif undang-undang, pelbagai perkara boleh dibahaskan. Bagi golongan liberal dan sekular yang kerap menimbulkan kontroversi berhubung isu ini acap kali berhujah atas alasan hak kebebasan individu bagi menghalalkan setiap perbuatan dan tingkah laku mereka tanpa batasan.

Kumpulan ini juga turut menjaja dan menuntut kebebasan mutlak di seluruh negara atas alasan ia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada hakikatnya, kita tidak pernah menafikan sama sekali hak kebebasan individu seperti terkandung dalam peruntukan perlembagaan.

Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa dalam perlembagaan turut memperuntukkan suatu peruntukan khusus berkenaan kesucian agama Islam yang perlu dipelihara seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Timbul pula persoalan mengapa pengharaman seperti itu tidak dikenakan ke atas pondan? Sebenarnya, fatwa pengharaman terhadap pondan tidak perlu sama sekali.

Perbuatan lelaki yang menyerupai perempuan sudah diketahui haram dari segi hukumnya serta sudah sedia termaktub dalam peruntukan undang-undang sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Hal ini jelas seperti yang terkandung di dalam Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekuatan . Di dalam seksyen itu menyatakan bahawa:

“Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

Oleh yang demikian, berdasarkan hujah dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini berhubung isu pengkid adalah suatu peraturan yang perlu dipatuhi setiap umat Islam.

Justeru, mana-mana pihak yang mempertikai atau melanggar fatwa ini boleh dikenakan tindakan tegas, begitu juga tindakan yang sama boleh dikenakan atas kesalahan berhubung lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah .

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Ahmad Shahir b. Abd Aziz



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:40 PM   1 comments
   Malaysia Perlu Berperanan Dalam Isu Penempatan Pelarian Palestin - PKPIM
Monday, November 24, 2008
KUALA LUMPUR, 24 Nov - Malaysia perlu menerima program penempatan semula pelarian Palestin yang kini berada di kem pelarian sempadan Syria-Iraq di Malaysia, kata Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz.

"Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, kami gesa Malaysia menjadi negara OIC pertama yang menerima penempatan semula pelarian Palestin di Malaysia sepertimana yang telah dilaksanakan beberapa negara barat yang lebih dahulu ke atas pelarian Palestin di negara mereka," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 'Memorandum Penempatan Semula Pelarian Palestin yang Berada di Kem Pelarian Sempadan Syria-Iraq di Malaysia' kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 10.30 pagi kelmarin.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum itu adalah wakil Citizen International, Muslim Care Malaysia, Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad dan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) Mohd Hafez Sabri serta Ketua Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz.

Sebelum ini, delegasi pertubuhan itu pernah menjalankan misi lawatan di bawah seliaan dan penyelenggaraan United Nations High Commissioners for Refugees (UNHCR) antara 9 hingga 13 November lalu.

Menurut kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily, delegasi mereka itu dibawa melawat ke tiga buah kem Pelarian Palestin iaitu Al-Waleed (Iraq, sempadan Syria), Al-Tanf (Syria dan Iraq, di 'no mans land') dan El-Hol (Syria, sempadan Iraq).

"Jadi, matlamat lawatan itu adalah untuk mencari penyelesaian penempatan semula pelarian Palestin ke negara-negara lain agar penderitaan hidup yang mereka alami di perkhemahan pelarian yang wujud sejak hampir 30 tahun itu dapatlah diakhiri untuk menjamin masa depan anak-anak mereka," kata beliau.

Menurut Muhammad Faisal, memorandum itu diserah kepada Penolong Setiausaha Sulit Perdana Menteri Mazwan Abdul Manan, di Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

"Dalam sesi perbincangan bersama beliau (Mazwan), saya bersama wakil Citizen International Tuan Haji Azmi Abdul Hamid memberi penekanan terhadap beberapa gesaan seperti yang terkandung dalam memorandum tersebut.

"Kami juga menuntut Malaysia sebagai negara yang sering dijadikan contoh dalam OIC supaya dapat menyeru dan menggesa negara-negara OIC lain untuk turut menerima program penempatan semula pelarian Palestin di negara masing-masing," tambah beliau lagi.


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 1:41 PM   0 comments
   PERBINCANGAN RASMI PIMPINAN BERSATU DENGAN EXCO PERAK
Friday, November 21, 2008

Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak baru-baru ini telah mengadakan perbincangan rasmi bersama YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Perbincangan adalah berkenaan badan (NGO) dan mahasiswa,sememangnya mahasiswa semestinya melibatkan diri mereka dengan badan-badan (NGO) ,ini kerana mereka dapat mempelajari banyak ilmu berkaitan pengurusan pentadbiran disamping itu mahasiswa juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih mudah,Sehubungan dengan itu YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu,menyarankan kepada BERSATU PERAK agar terus memperkasakan lagi NGO mahasiswa perak ini dalam mendepani massa,beliau juga menyarankan agar BERSATU PERAK,dapat mengadakan program-program berbentuk Akademik dan kemasyarakatan untuk meningkatkan keintelektualan rakyat perak.

Hasil dari perbincangan itu juga, YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO),bersetuju untuk bekerjasama dengan BERSATU PERAK dan akan menjadikan BERSATU PERAK sebagai wadah penyatuan seluruh gerakan Mahasiswa Perak,turut hadir dalam pernbincangan tersebut ialah Mohd Hafez bin Sabri (Presiden BERSATU),Wong Yim Chan (Timb Presiden 2) Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz (Exco Penerangan BERSATU).

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 8:12 PM   1 comments
   
(PEMBETULAN)-Fatwa Pengharaman PENGKID Dan Isu MAK NYAH: Sejauh Mana Bidangkuasa Yang Diperuntukkan Kepada Pihak Berkuasa Agama
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah memutuskan untuk mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Walaubagaimanapun, tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak-pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Pada 7 November yang lalu sebuah demonstrasi telah diatur di ibu negara oleh kumpulan-kumpulan yang berkenaan bagi menyatakan bangkangan mereka terhadap fatwa berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ semakin menular dalam masyarakat.

Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya kerana perwatakan mereka seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini juga tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.

Oleh yang demikian berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dijalankan dapatlah dipersetujui di sini bahawa antara faktor terpenting fatwa ini dikeluarkan adalah bagi menyelamatkan golongan wanita itu sendiri khususnya bagi golongan remaja dan beliawati.

Dalam pada itu, sekiranya kita melihat isu ini dari perspektif undang-undang, pelbagai perkara boleh dibahaskan. Bagi golongan liberal dan sekular yang kerap menimbulkan kontroversi berhubung isu ini acap kali berhujah atas alasan hak kebebasan individu bagi menghalalkan setiap perbuatan dan tingkah laku mereka tanpa batasan. Kumpulan ini juga turut menjaja dan menuntut kebebasan mutlak di seluruh negara atas alasan ianya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada hakikatnya, kita tidak pernah menafikan sama sekali hak kebebasan individu sepertimana yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan. Dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut tentang kebebasan asasi diri yang tidak boleh diceroboh sama sekali oleh mana-mana pihak. Antaranya dalam Perkara 5 tersebut menyatakan bahawa:

(1)“Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang”.

(2) “Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyelahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu, dan melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya”.

(3) “Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu”.

Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa dalam perlembagaan turut memperuntukkan suatu peruntukan khusus berkenaan kesucian agama Islam yang perlu dipelihara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai Agama Persekutuan. Dalam Perkara 3 berkenaan jelas menyebut antaranya:

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.

Dalam pada itu, setiap perkara yang berkaitan dengan urusan agama Islam adalah tertakluk di bawah bidangkuasa Negeri-Negeri. Ini bermakna setiap negeri mempunyai hak dan bidangkuasa untuk menggubal undang-undang masing-masing bagi hal ehwal yang berkaitan dengan urusan umat Islam dan Hukum Syarak termasuk hal ehwal yang berkaitan dengan kesalahan Jenayah Syariah bagi tujuan mengawal perilaku dan akhlak umat Islam, selagi ianya tidak ultra virus atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang terkandung di dalam Jadual Kesembilan Senarai Dua – Senarai Negeri.

Ini bermakna walaupun setiap individu mempunyai kebebasan, namun sekiranya kebebasan tersebut bercanggah dengan agama atau boleh menyebabkan maruah Islam itu tercemar, maka kebebasan tersebut mempunyai batasan tertentu.

Dalam pada itu, sekiranya kita menilai bidangkuasa yang diperuntukkan, kita akan dapati bahawa Ahli Jawatankuasa Fatwa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengeluarkan fatwa . Hal ini sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berhubung Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa. Dalam seksyen berkenaan menyatakan bahawa:

“Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubung dengan Hukum Syarak”.

Manakala dalam Seksyen 49(1) Enakmen yang sama juga jelas menyatakan bahawa mana-mana fatwa yang disiarkan dalam warta adalah mengikat setiap orang Islam sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa tersebut.

Walaubagaimanapun, timbul pula pesoalan mengapa pengharaman tersebut tidak dikenakan ke atas mak nyah? Sebenarnya, fatwa pengharaman terhadap maknyak tidak perlu sama sekali. Ini kerana perbuatan mak nyah atau lelaki yang menyerupai perempuan sudah diketahui haram dari segi hukumnya serta telah sedia termaktub dalam peruntukan undang-undang sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan. Hal ini jelas sepertimana yang terkandung di dalam Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekuatan. Di dalam seksyen tersebut menyatakan bahawa :

"Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya".

Oleh yang demikian berdasarkan hujah dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan jelas menunjukkan kepada kita bahwa fatwa yang telah dikeluarkan baru-baru ini berhubung isu pengkid merupakan suatu peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap umat Islam. Justeru, mana-mana pihak yang mempertikai atau melanggar fatwa ini boleh dikenakan tindakan tegas, begitu juga tindakan yang sama boleh dikenakan atas kesalahan berhubung lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK)

Nama : Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz
Tahun : Kedua
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Syariah (Undang-Undang)
Fakulti : Akademi Pengajian Islam
Universiti : Universiti Malaya, Kuala Lumpur



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 7:52 PM   0 comments
   Bajet Negeri Perak Lebih Baik Daripada Sebelumnya
Wednesday, November 19, 2008
IPOH 17 Nov. – Bajet Negeri Perak yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak pada 10 November yang lalu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bajet-bajet tahunan yang dibentangkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK), saudara Mohd Hafez Sabri ketika mengulas isu ini menjelaskan walaupun pembentangan bajet yang dibuat oleh kerajaan negeri baru-baru ini menyaksikan berlakunya defisit sebanyak RM 25 juta, namun kadar tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kadar defisit yang berlaku ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

"Kadar defisit yang berlaku hanyalah sebanyak 25 juta ringgit, itu pun heboh diperkatakan kononnya kerajaan negeri tidak pandai mengurus wang negeri dengan baik, sedangkan ketika UMNO-BN memerintah sebelum ini kadar defisitnya adalah jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 39 juta ringgit" jelas beliau.

"Oleh yang demikian, pemimpin UMNO-BN patut cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan dan dakwaan. Mereka juga sepatutnya tidak hanya tahu membangkang dan mencari kesalahan kerajaan negeri semata-mata tanpa memberikan idea dan cadangan yang bernas" jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut Exco Penyelidikan & Pembangunan pertubuhan tersebut, saudara Ahmad Bakri Zubir berkata bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini mencerminkan sikap gigih dan ikhlas kepimpinan kerajaan negeri dalam usaha memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri ini.

"Bajet yang dibentangkan baru-baru ini cukup cantik dan lebih bersifat komprehensif. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri Perak baru memerintah tidak sampai setahun, namun mereka berjaya mengetengahkan bajet 'berkebajikan' yang sudah pastinya memberikan harapan dan perubahan kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya orang-orang miskin yang berada di kampung-kampung" katanya.

Pada 10 November yang lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak telah membentangkan bajet defisit bagi tahun 2009 sebanyak RM25 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM711.84 juta dan perbelanjaan sebanyak RM736.84 juta.

Ia merupakan bajet defisit untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2005.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bajet tahunan kerajaan Perak mengalami defisit mulai tahun 2005 sebanyak RM15.45 juta, tahun 2006 (RM33.59 juta), tahun 2007 (RM34.79 juta) dan tahun 2008 sebanyak RM39.99 juta.

Beliau berkata, menyedari situasi itu, kerajaan negeri akan berusaha mengurangkan defisit bajet ini secara realitik dan berperingkat pada setiap tahun berdasarkan kutipan hasil dengan tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

‘‘Bajet 2009 ini pada hakikatnya masih menunjukkan defisit, tetapi ia lebih mementingkan pada usaha pengagihan kemakmuran yang lebih adil ke arah membina satu paksi kerohanian rakyat Perak yang lebih seimbang,” katanya dalam Ucapan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:30 AM   0 comments
   Kejor YOP kejor
Monday, November 17, 2008
Ipoh, : Sebagaimana yang dijangkakan, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah melantik Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Presiden barunya melalui satu keputusan KONGRES yang diadakan di Hotel Heritage pada jam 2.30 petang tadi .

Dengan perkembangan terbaru ini, Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin kini telah mengikuti jejak 3 lagi rakan dalam pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Tan Sri Abdul Khalid(MB Selangor), Dato Seri Azizan Razak(MB Kedah) dan En. Mohd Fairus Khairudin(TKM P.Pinang) sebagai Presiden persatuan bolasepak masing-masing.

Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar berkata, menerusi pengambilalihan pengurusan Pafa, beliau yakin masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu sebelum ini akan dapat diatasi secara beransur-ansur.

“Selepas mengambil alih teraju kepemimpinan, kita akan buat penyusunan semula terutama daripada segi pelantikan jurulatih dan pemilihan pemain.

“Kita akan cuba mencari pemain daripada kelab dalam negeri Perak yang handal untuk kita menjadikan Perak kembali semula menyinar dalam Liga Malaysia,” kata Nizar.

Kerajaan negeri yang diterajui oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah menyumbangkan sebanyak RM550,000 kepada PAFA bagi melunaskan sebahagian tunggakan gaji pemain-pemain.

Sementara itu pula, Exco Belia dan Sukan, YB Encik Seah Leong Peng, telah di lantik Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:38 PM   0 comments
   
Mahasiswa Undang-Undang : Cadangan Penggabungan Mahkamah Syariah & Sivil Perlu Penelitian Mendalam
Friday, November 14, 2008
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Mahasiswa-mahasiswi dari jurusan undang-undang hari ini menuntut supaya cadangan untuk menggabungkan Mahkamah Syariah dan Sivil di negara ini sepertimana yang dicadangkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad semalam perlu menerusi kajian dan penelitian yang mendalam sebelum dilaksanakan.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sesi 07/08, Mohd Faridzul M. Nasaruddin berkata cadangan tersebut secara umumnya adalah positif, tetapi memerlukan suatu proses penelitian yang terperinci terlebih dahulu.

Ini kerana menurut beliau pelaksanaan cadangan tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan selain akan menimbulkan beberapa masalah dan persoalan lain.

”Realitinya negara ini masih tidak mempunyai undang-undang syariah yang seragam di setiap negeri. Maka timbul kecelaruan dan persoalan berkenaan undang-undang syariah yang manakah yang akan digunapakai jika proses penggabungan mahkamah sepertimana yang dicadangkan benar-benar berlaku” katanya.

”Selain itu, adakah undang-undang Syariah yang akan diimplementasikan itu hanya sekadar berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang syariah yang sebenar yang merangkumi aspek jenayah sepertimana yang terkandung di dalam Kanun Keseksaan?” ujar beliau lagi.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa cadangan penggabungan tersebut pada hakikatnya bukanlah merupakan suatu isu yang besar. Sebaliknya isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kita mahu meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap sistem Kehakiman Negara dan bagaimana kita mahu meningkatkan integriti dan kredibiliti di kalangan hakim-hakim di negara ini.

Dalam pada itu, menurut Presiden Lajnah Syariah & Undang-Undang, Universiti Malaya, Wan Mohd Amir Yusoff berpandangan bahawa cadangan penggabungan tersebut adalah tidak wajar. Ini kerana cadangan tersebut adalah semata-mata bermatlamatkan untuk melenyapkan dan menyekularkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam secara perlahan-lahan dan senyap tanpa disedari.

Selain itu menurut beliau lagi, pengabungan kedua-dua mahkamah ini juga akan melahirkan Peguam Syarie dari kalangan orang bukan Islam. Ini akan memberikan kemudaratan kepada Agama Islam itu sendiri. Kesucian agama Islam juga akan ternoda.

”Kaedah-kaedah fiqh jelas menyebut bahawa asas atau maqasid sesuatu peraturan dikanunkan adalah untuk melenyepkan kemudaratan. Tetapi dengan adanya peguam-peguam syarie daripada kalangan bukan Islam akan menyebabkan wujudnya kemudaratan yang lebih parah” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK), Ahmad Shahir Abdul Aziz pula menjelaskan bahawa secara umumnya cadangan penggabungan ini tidak perlu dilaksanakan tergesa-gesa. Ini kerana cadangan tersebut akan memberikan kesan ke atas undang-undang yang sedia ada itu sendiri. Sebagi contoh, pindaan, pembahuruan dan juga pemasuhan undang-undang yang terdahulu perlu dilakukan. Ini akan memakan masa yang lama dan kos yang tinggi.

”Sebaliknya apabila kita sudah selesaikan setiap isu dan masalah yang timbul serta berupaya menutup setiap lacuna yang ada dan kita memang benar-benar sudah bersedia ke arah itu, maka waktu itu barulah kita boleh realisasikannya” ujar beliau.

Manakala menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) Mohd Faisal Mustaffa pula menyifatkan bahawa cadangan tersebut adalah baik untuk dilaksanakan sekiranya hanya hakim-hakim yang berkelulusan dari ijazah syariah sahaja yang dibenarkan menghakimi kes-kes yang berkaitan orang Islam.

Menurut beliau lagi sekiranya kes-kes berkaitan agama Islam dihakimi oleh hakim-hakim sivil sedangkan mereka tidak memahami hukum-hukum syarak akan menyebabkan hukuman yang diputuskan sama seperti yang berlaku ketika zaman pemerintahan British dahulu di mana kes-kes berkaitan orang Islam dihakimi tanpa mengambil kira hukum syarak sebagai landasan.

Selain itu, menurut mahasiswi Jabatan Syariah FPI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mariatun Qibtiah Mohammad Jasni turut mahu cadangan tersebut diteliti terlebih dahulu. Ini kerana beliau bimbang sekiranya hasil daripada penggabungan itu akan melenyapkan keistimewaan mahkmah syariah itu sendiri.

Beliau menjelaskan bahawa kuasa yang tinggal bagi mahkamah syariah hanyalah sepertimana yang terkandung dalam Senarai 2, Senarai Negeri dan terhad kepada soal-soal perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan sebagainya. Oleh itu, hak dan kepentingan yang sedikit ini perlu dipertahankan demi kepentingan seluruh umat Islam

Sementara itu, menurut Koordinator Perundangan Syariah Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmood ketika diminta mengulas isu yang sama berkata pengabungan kedua-dua mahkamah ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Senarai Negeri, di mana hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan orang Islam termasuk Mahkamah Syariah adalah di bawah pegawasan Negeri.

”Mengabungkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil adalah tak wajar sama sekali. Ianya merupakan tindakan yang sia-sia ibarat menggabungkan minyak dan air. Sebagaimana dikatahui umum, Mahkamah Syariah adalah khusus untuk orang Islam sahaja, ianya berbeza dengan Mahkamah Sivil iaitu mahkamah untuk semua” jelas beliau lagi.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 8:33 PM   0 comments
   Sekitar Laporan BERSATU di Sidang Dun PERAK
KOS PENYELENGGARAAN KERETA EXCO PERAK PADA ZAMAN KERAJAAN SEBELUM INI MENELAN BELANJA RM 1 JUTA LEBIH

IPOH : YB Nga Kor Ming memberitahu dewan pagi tadi bahawa Kerajaan BN dalam tempoh 2004- Mac 2008 telah berbelanja bagi menyelenggarakan kereta EXCO sebanyak 1.3 juta ringgit. Jumlah tersebut terlalu tinggi melebihi kos membeli kereta baru Toyota Camry 2.4 yang diura-urakan akan digunakan oleh EXCO. Dewan diberitahu kos kereta baru Toyota Camry 2.4 sebuah berharga RM 98 ribu x 10 EXCO bersamaam 980 ribu sahaja. Dewan juga diberitahu kos penyelengaraannya juga adalah jauh lebih murah, keselamatan lebih terjamin, lebih selesa dan lasak. Dewan juga dimaklumkan kenderaan Proton Perdana V6 yang diguna pakai oleh semua Ahli EXCO sering rosak, tergendala di pertengahan jalan, mudah remuk dan kemek bila berlaku kemalangan dan sebagainya. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri belum meluluskan lagi pertukaran kereta baru EXCO walaupun ada peruntukkan.

LADANG RAKYAT AKAN DIBUKA SEMULA

YB Jamaluddin memberitahu dewan Ladang Rakyat akan dibuka semula dan akan mengenal pasti tanah yang sesuai untuk melaksanakannya. Pada tahun ini sebanyak 3,545 hektar telah diberi kepada 1153 rakyat.

KERAJAAN NEGERI PERAK LULUS TANAH 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SUWA)

IPOH : Dewan diberitahu bahawa SAR & sekolah SUWA masing-masing dianugerah tanah sebanyak 1000 hektar untuk diusaha hasil bagi menjana pendapatan sekolah tersebut. SAR sebelum ini telah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan perkapita sejak tahun 2002. Manakala sekolah-sekolah SUWA adalah sekolah yang hanya mendapat bantuan RM 30 ribu setahun. Jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi bagi membiayai perjalanan pendidikan dan aktiviti persekolahan. Sekolah SUWA dan SAR mendapat sumbangan dari orang awam dan juga bergantung kepada yuran murid. Demikian dijelaskan oleh YAB MB sewaktu menjawab soalan lisan dari ADUN Sungai Rapat. Dengan pemberian tersebut, sekolah SUWA dan SAR mampu menjana ekonomi dan pendapatan menerusi aktiviti perladangan dan pertanian yang djalankan.

KERAJAAN PR BERJAYA MENARIK PELABUR ASING BERJUMLAH HAMPIR 2 BILLION RINGGIT KE PERAK

Dalam tempoh 8 bulan memerintah Pelaburan Asing dalam sektor perkilangan telah diluluskan oleh Kerajaan PR dengan mencatatkan pelaburan bernilai RM 1,874,236,775, angka ini jauh lebih tinggi berbanding pelaburan asing untuk keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM 1,382,9919,999. Sektor perkilangan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,383 rakyat Perak apabila 25 projek dibangunkan nanti. Demikian dijelaskan oleh EXCO Industri dan Pelaburan Kerajaan Negeri Perak dalam sidang DUN hari ini.

KERAJAAN BN TIDAK TINGGALKAN APA-APA UNTUK YAYASAN PERAK

YAB MB Perak menjelaskan dalam dewan hari ini bahawa Kerajaan BN tidak meninggalkan apa-apa wang kepada Yayasan Perak. Pendapatan Yayasan Perak diperolehi melalui aktiviti perladangan dan pertanian. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah 2.4 juta ringgit untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:16 AM   0 comments
   Perak FM Semakin Biadap, Bersatu Perak Mahu Tindakan Tegas Segera Diambil
Wednesday, November 12, 2008
IPOH 10 Nov. - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini menyelar tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya Perak FM yang sering membuat fitnah dan penipuan dalam memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan tanpa batasan.

Menurut Ketua Penerangannya, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz tindakan tersebut merupakan tindakan yang biadap dan melampau serta tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Justeru beliau menggesa agar pimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan tegas sepertimana yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor beberapa bulan yang lepas.

"Kita menggesa pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan tegas ke atas Perak FM yang semakin biadap, ini termasuklah menghalau mereka keluar dari negeri ini sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor ke atas Selangor FM sebelum ini" jelas beliau.


Sementara itu, menurut Exco Perhubungan & Media Bersatu Perak, saudara Shahril Nizam Zulkipli ketika mengulas isu yang sama menjelaskan bahawa tindakan 'kurang ajar' Perak FM ini jelas menunjukkan bahawa stesyen radio terbabit tidak mempunyai etika dan tidak bertanggungjawab dalam membuat liputan dan berita.

"Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai etika kewartawanan yang baik dan lebih gemar menjadi pak turut kepada segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri khususnya YAB Menteri Besar" katanya.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak mendakwa media arus perdana secara jelas tidak memberi ruang liputan yang adil kepada program kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kalau ada sekalipun, ia lebih kepada laporan yang diselewengkan faktanya. Ekoran itu, katanya, sebaik mana dasar atau program yang dilaksanakan sekalipun, ia tidak akan memberi impak atau kesan yang positif kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang jika maklumat tidak sampai kepada rakyat.

''Begitulah juga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya Perak FM yang bertapak di bumi Perak yang diterajui pakatan pembangkang yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, tetapi RTM umpama kacang lupakan kulit, sekadar manis di bibir dan tidak berpegang kepada pepatah Melayu iaitu 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

''Perak FM bukan sekadar tidak memberi ruang liputan pada majlis rasmi kerajaan negeri, malah lebih teruk daripada itu tidak memberi gambaran yang adil, sebaliknya hanya negatif, tohmahan dan berniat jahat," jelas beliau dalam Ucapan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 1:49 AM   0 comments
   Liputan BERSATU PERAK Terhadap Sidang Dun Perak
Tuesday, November 11, 2008




Kerajaan Perak anugerah tanah kepada Orang Asli
IPOH : YB Dato' Ngeh Koh Ham memaklumkan dalam sesi soal jawab lisan pagi ini di dewan bahawa masyarakat Orang Asli tidak diabaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Selain menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Negeri khusus menangani isu-isu kebajikan Orang Asli dengan kerjasama beberapa NGOs, kerajaan juga akan menganugerahkan hak milik tanah kepada Orang Asli untuk di tujuan penempatan, penanaman getah dan dusun buah-buahan. Buat masa ini setelah sekian lama BN memerintah Perak hanya 101 lot tanah di sahaja yang dianuegarhkan kepada orang-orang Asli di Sungai Siput.

Warga Emas dan Ibu Tunggal di bantu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang 2008

Seramai 9701 daripada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), pekerja cacat di beri bantuan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun 2008. Peruntukan bantuan tersebut diperolehi melalui Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Mereka menerima Bantuan Am dengan kadar bantuan RM 50 - RM 115 sebulan, Bantuan Orang Tua RM 300 sebulan, Bantuan OKU dan Pesakit Kronik Rm 300 sebulan, Bantuan Kanak-kanak RM 100 - 450 sebulan dan Bantuan Elaun Pekerja Cacat RM 300 sebulan. Dalam Bajet 2009 yang dibentang semalam, YAB MB mengumumkan akan menaikkan kadar bantuan dengan kadar paling minima RM 200 dan maksima RM 400. Demikian dijelaskan oleh YB Zainuddin (EXCO Agama, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita)

Dasar Langkah Berjimat Cermat Kerajaan PR Perak berjaya

Dasar langkah berjimat cermat yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya mengurangkan perbelanjaan sempena sambutan kemerdekaan iaitu hanya berbelanja RM 1.1 juta berbanding RM 2.6 juta pada tahun 2007. Selain itu, kerajaan juga menghadkan kos jamuan mesyuarat EXCO dan jamuan-jamuan keraian yang lain. Sepanjang BN memerintah, untuk jamuan makan tengahari dalam mesyuarat EXCO, setiap seorang dikenakan sebanyak RM 45.00, sekarang kerajaan menghadkan untuk untuk makan tengahari hanya RM 10.00, dan jamuan ringan tidak lebih RM 4.00. Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan keraian, kerajaan menghadkan RM 10.00 - RM 15.00 sahaja untuk setiap seorang. Kerajaan juga turut mengawal perbelanjaan pengubahsuaian pejabat, lawatan ke luar negeri, elaun lebih masa, penjimatan utiliti dan penggunaan bekalan pejabat. Demikian dimkalumkan oleh YAB MB Perak sewaktu menjawab soalan lisan oleh seorang ADUN dari kerajaan.

Kerajaan nafi dakwaan kononnya kerajaan negeri melengahkan dan melambat kelulusan projek kerajaan Pusat tidak betul.

Dewan diberitahu oleh YAB MB Perak bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Menurut YAB MB, kelulusan tanah akan dipertimbangkan apabila permohonan tanah dikemukakan oleh Jabatan Pesekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan projek Rumah Imigresen di Taman Meru sebanyak 1.55 ekar, Balai Polis Tanjung Tualang 0.46 ekar, Balai Polis Lawin 4.73 ekar, Mahkamah Baru Seri Iskandar 4 ekar, Mardi 464 ekar dan beberapa projek yang lain. Kesemua jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan projek-projek Kerajaan Persekutuan ialah seluas 556.89 ekar.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:24 PM   0 comments
   Bajet 2009 PERAK Bajet KEBAJIKAN
IPOH : Bajet 2009 negeri Perak yang dibentangkan oleh YAB MB Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi ini telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema Bajet Kebajikan Untuk Rakyat telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosioekonomi dan pembanguna insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009
Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:20 PM   0 comments
   Kenyataan Media GEMARAK
Friday, November 7, 2008

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN ILMUAN UNITED KINGDOM IRELAND
6 NOVEMBER 2008/8 DZULKAEDAH 1429H

Gabungan Ilmuan United Kingdom and Ireland (Gemarak) merafak sembah kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah diatas titah baginda di Iskandariah tempohari. Titah Baginda sangat berketepatan mengikut Perlembagaan Persekutuan Negara berhubungan dengan hak-hak keistimewaan , kedudukan, kemuliaan ayau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanm kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentinfan sah kaum-kaum lain.

Gemarak melihat pesanan Tuanku Sultan agar pihak-pihak yang berkepentingan dalam kuasa politik negeri berhenti dari mengeruhkan suasana dan terus memastikan kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hari ini terpelihara. Titah Tuanku itu juga menjurus kepada pihak-pihak tertentu yang ingin mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dato Seri Ir Nizar.

Namun Gemarak merasa sedih kerana Gabungan Melayu Perak melalui Pengerusinya Datuk Seri Mohd Helmi Ismail dilihat seolah cuba mengheret Istana dalam masalah politik sempit yang melanda dikalangan beberapa siasah politik melayu tertentu. Sepanjang pemerhatian Gemarak, sejak kepimpinan kerajaan Negeri Perak bertukar nahkoda dari Tan Sri Tajol Rosli kepada Dato Seri Ir Nizar. Tidak berlaku sebarang permasalahan yang ketara. Usaha YAB Menteri Besar untuk menjadi Ketua Kerajaan Negeri kepada semua kaum dan bangsa adalah satu menifestasi perlembagaan Negara dan negeri tanpa mengenepikan terjemahan perlembangaan iaitu Islam sebagai agama rasmi dan ketuanan Melayu Islam sebagai tonggak pemacuan Negeri Perak. Lebih menghairankan, bagaimana rombongan tersebut boleh hadir ke istana bersama kain rentang dan sepanduk seolah-olah ianya satu demonstrasi terancang oleh pihak penganjur. Gemarak memandang serius sebarang usaha pihak tertentu yang didalangi oleh tangan-tangan hitam disebalik GMP yang cuba menggangu-gugat kedaulatan Raja Berpelembagaan serta Islam sebagai Agama rasmi juga kebebasan beragama seperti mana yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.

Istana sebagai benteng umat Islam dan Melayu adalah mercu tanda kegemilangan umat melayu. Oleh itu mari lah sama-sama kita pastikan agar institusi Raja dipertahankan dari sebarang pengaruh politik sempit pihak yang berkepentingan dengan memastikan Institusi Raja kekal bebas dan adil untuk semua rakyat Perak.

Perkongsian Oleh :
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Setiausaha
GEMARAK UK Ireland
Gemarak House:60, Alexandra Terrace SA20DX Swansea United Kingdom
www.gemarak2008.wordpress.com emel: gemarak2008@gmail.com

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:40 PM   1 comments
   
Sokongan Terhadap Pendekatan Profesional Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri-Negeri
Kenyataan Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk bersikap lebih professional di dalam menjalani hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri-negeri sangat disokong. Sikap professional ini tentunya berasaskan semangat federalism yang menjadi teras kepada pembinaan negara Malaysia sejak merdeka. GEMARAK (Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland) bersependapat dengan kenyataan tersebut walaupun terkilan kerana persoalan kouta haji kepada Menteri Besar Perak serta rombongannya dijadikan contoh. Ini kerana setiap Menteri Besar sememangnya memiliki keistemewaan tersebut. Oleh itu, tidak timbul persoalan itu menjadi contoh keterbukaan atau professional kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri.

Pendekatan professional antara kedua-dua belah kerajaan harus dicerminkan dalam pelaksanaan dasar yang tidak mengira kepentingan politik kepartian ataupun kelompok tertentu. Ini termasuk pemberian geran tahunan, kontrak, projek serta peluang-peluang perniagaan dan pelaburan seharusnya lebih diutamakan. Melambat-lambatkan pemberian geran tahunan daripada kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri adalah contoh yang pernah berlaku apabila wujud pendekatan tidak professional pemimpin kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu.

Memberikan gambaran bahawa pelabur akan lari sekiranya kerajaan negeri berlainan parti dengan kerajaan Pusat juga satu tindakan terkebelakang dalam menyahut saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Contoh di peringkat akar umbi pula adalah penggunaan dewan orang ramai seharusnya lebih terbuka. Pihak GEMARAK memuji tindakan majlis tempatan dan kerajaan negeri Perak yang membenarkan penggunaan dewan orang ramai dan daerah tanpa mengira parti. Ini termasuk mengadakan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian. Langkah ini tidak pernah diperolehi oleh parti-parti pembangkang sewaktu UMNO/BN memerintah negeri Perak.

Pihak kami juga percaya, pendekatan professional ini akan menguntungkan semua pihak dan seharusnya sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Sikap tidak professional sesetengah pemimpin kerajaan pusat harus dibuang. Ini bukan sahaja merugikan rakyat tetapi menunjukkan kedangkalan sesetengah pemimpin kerajaan. Hasrat untuk bersikap dan melaksanakan hubungan yang lebih professional ini tentu disambut baik oleh semua pemimpin kerajaan negeri.

Kami juga percaya, semua pemimpin kerajaan negeri akan mengalu-alukan sikap keterbukaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semoga terdapat menteri-menteri lain mengambil sikap dan tindakan yang lebih kondusif. Semoga akan wujud satu situasi politik matang yang berasaskan pertimbangan fikiran yang rasional di negara kita.

Perkongsian Oleh :

Muhaimin Sulam
Pengerusi
Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland (GEMARAK)
Wales, United Kingdom

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:33 PM   0 comments
   Hargai Mandat Rakyat
GENERASI ILMUAN PERAK

UNITED KINGDOM & IRELAND

______________________________________________________

HARGAI MANDAT RAKYAT

Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) memandang serius atas diatas kehangatan percaturan politik tanah air terutamanya di Perak. Kenyataan YB Tan Sri Tajol Rosli menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah.

Sebagai sebuah badan yang non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya. Walaubagaimanapun Gemarak melihat mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat perlulah diselenggarakan secara berhemah dan teliti. Keputusan Pilihanraya Umum Malaysia ke 12 baru-baru ini secara jelas telah menzahirkan suara rakyat Perak apabila Kerajaan sedia ada dibawah YAB Dato Seri Nizar mendapat sebanyak 442660 undi DUN (52.45%) berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 399 565 undi DUN (47.34%), dan undi di peringkat Parlimen, Pakatan rakyat memperolehi 449193 undi (53.32%) berbanding Barisan Nasional 391461 undi (46.47%).

Secara matematiknya pun sangat jelas bahawa rakyat Perak berkehendakkan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PAS, PKR dan DAP sebagai kerajaan untuk memimpin mereka selepas pilihanraya ke 12 ini. Oleh itu Gemarak berharap, para pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlulah senantiasa berwaspada akan mandat yang diberi oleh rakyat Perak untuk bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun demokrasi membenarkan sebarang bentuk perbincangan dan perundingan. Namun demokrasi ala-Malaysia perlulah diselangi dengan asas akhlaq dan prinsip perjuangan. Kerajaan Pakatan rakyat perlulah menilai mandat rakyat yang berani membuat perubahan ekslusif baru-baru ini. Pilihan rakyat Perak untuk menjadi rakyat dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat perkenan Kebawah Duli Sultan Perak, selaku pemerintah Negeri Perak. Oleh itu hargailah mandat rakyat Perak.

RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha

Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland

60, Alexandra Terrace
Brynmill SA20 DX
Swansea
United Kingdom

Email: gemarak2008@gmail.com


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:51 PM   0 comments
   Perak MB orders SEDC CEO to submit report on RM100 million losses
IPOH, Nov 6 - The Perak Government has ordered State Development Corporation chief executive officer Datuk Shamsudin Hashim to submit a detailed report on more than RM100 million losses suffered by several subsidiaries.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the losses suffered were actually a cumulative figure by several subsidiary companies and not by one company as reported on Friday. The report is inaccurate, not one company with a RM50,000 paid-up capital incurring more than RM100 million losses.

“It's a cumulative figure involving several companies,” he told reporters after a meeting with Perak Penghulus' Assocation here today.

Asked whether the losses were incurred from foreign investments, Mohammad Nizar said they were mainly from investments besides various other aspects.

“Investments made in and outside the country ended up in losses. Besides that, several housing projects cannot be sold. Hence, several companies accumulated the losses over a long period,” he said.

Mohammad Nizar said the state government would make public the reasons for the huge losses after perusing the report.

Asked whether there was any truth in earlier claims that the losses also stemmed from failed foreign investments by one subsidiary company, Cherry Blossom Sdn Bhd, he said: "It is one of them and I will confirm it later."

The Perak State Development Corporation, set up in 1971 under the Perak State Development Corporation Enactment, has six subsidiaries.

They are Perak Corporation Bhd, Maju Perak Holdings Bhd, Perak Industrial Resources Sdn Bhd, Kuda Sejati Sdn Bhd, Star Career Sdn Bhd and Perak E-Organization Sdn Bhd.

Cherry Blossom is one of the 18 subsidiaries of Star Career. - Bernama

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 1:42 AM   0 comments
   Kemenangan Barack Obama Diharap Mampu Membawa Sinar Perubahan
Thursday, November 6, 2008

IPOH 5 November - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini mengalu-alukan kemenangan cemerlang Barack Obama yang dipilih sebagai Presiden baru Amerika Syarikat yang disifatkan satu permulaan era baru.

Menurut Presidennya, saudara Mohd Hafez Sabri kemenanagan bergaya yang diperolehi oleh Obama diharap mampu menyuntik semangat kerjasama yang lebih erat antara negara tersebut dengan negara-negara Islam yang lain.

"Tidak ada harapan yang lebih penting melainkan kita mahu melihat tiada lagi serangan dan diskriminasi ke atas negara-negara Islam" katanya.

Ketua Penerangan Bersatu Perak pula ketika mengulas isu yang sama menjelaskan kemenangan Obama menunjukkan bahawa trend dunia sekarang mahukan kepimpinan dan pentadbiran yang boleh mencetuskan perubahan..

"Dunia hari ini menunjukkan bahawa rata-ratanya semua pihak mahukan perubahan untuk melihat kejayaan yang lebih besar mampu digapai pada masa depan" jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Exco Penyelidikan & Pembangunan pertubuhan tersebut, saudari Najla Shazana Mohammad kemenangan Obama disifatkan sebagai bukti yang menunjukkan rakyat Amerika sendiri sudah muak dengan peperangan yang dilancarkan oleh Presiden George Bush sebelum ini.

"Oleh itu, Presiden yang baru dilantik ini perlu meneruskan dasar-dasar baru dan menjaga hubungan dengan negara-negara dunia ketiga khususnya negara-negara Islam" katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, di beberapa bandar raya di seluruh dunia, orang ramai berkumpul untuk merayakan kemenangan presiden kulit hitam pertama negara kuasa dunia itu.

Malah, cuti umum diisytiharkan di Kenya — negara kelahiran ayah Obama - sebagai mengalu-alukan kemenangan rakyat kulit hitam pertama mendiami Rumah Putih

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 11:05 PM   0 comments
   Bajet Perak berteraskan perbelanjaan berhemah
Monday, November 3, 2008
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan cuba menambahkan pendapatannya melalui peningkatan pengutipan hutang cukai tanah yang lapuk dan tender terbuka kepada sebahagian konsesi balak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. "Bagi tahun 2009, pendekatan bajet adalah perbelanjaan yang cukup berhemah," kata beliau dalam blognya, kamparinn.blogspot.com

Belanjawan kali ini, kata beliau, masih mengalami defisit namun ternyata ianya dikurangkan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan pembentangan bajet di tahun-tahun sebelum ini. "(Bajet) yang sudah menyaksikan bajet defisit sekitar RM35 hingga RM40 juta setahun oleh kerana perbelanjaan yang melangkaui perolehan," katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 10,11 dan 12 November ini akan menyaksikan buat pertama kalinya pembentangan bajet oleh kerajaan PR.

Pendekatan berteraskan perbelanjaan berhemah itu dilihat selaras dengan pesanan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menekankan pendekatan bijak dan berkesan dalam menghadapi kemelut dan krisis kewangan serius yang dihadapi dunia pada masa ini.

"Dunia hari ini sedang menghadapi kemelut dan krisis ekonomi yang serius mengakibatkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Keadaan ekonomi dunia yang sedemikian turut mempengaruhi persekitaran ekonomi di negara ini.

"Jika krisis dan kemelut kewangan ini tidak berjaya ditangani secara bijak dan berkesan, dibimbangkan iklim ekonomi yang suram akan berpanjangan... pertumbuhan dan pembangunan ekonomi akan terjejas. Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi akan terjejas, pelaburan bukan sahaja tidak berkembang malah mungkin menguncup, peluang pekerjaan baru tidak dapat diwujudkan malah dibimbangkan akan berlaku pemberhentian kerja," titah baginda pada persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) ke-163 baru-baru ini.

Raja Dr Nazrin Shah mahu sumber ekonomi dan sumber kekayaan dibangun dan dimajukan secara bijak serta diuruskan secara amanah lagi telus serta diagihkan secara adil dan saksama untuk manfaat ummah keseluruhannya.

Baginda menekankan supaya dihentikan program-program berbentuk kosmetik dan tidak produktif.

Sumber : HarakahDaily

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:35 PM   0 comments
   PERUTUSAN SEMPENA PEPERIKSAAN
PERUTUSAN PRESIDEN BERSATU SEMPENA PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Bersyukur kepada Allah Taala atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita yang tidak terhitung bilangannya. Tanpa kita sedari peperiksaan akhir semester telah menjelang tiba. Setelah hampir 14 minggu kita menimba ilmu bagi semester ini, tibalah giliran untuk kita mengukur setakat manakah ilmu yang telah kita perolehi sepanjang sesi pembelajaran tersebut.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Peperiksaan merupakan satu instrumen untuk menguji kita-menguji tentang pemahaman kita terhadap sesuatu mata pelajaran. "Peperiksaan menguji pencapaian kita di dalam pembelajaran. Cuba gambarkan bahawa penat lelah kita selama 1, 2 atau 3 tahun akan hanya diuji dalam masa 1 atau 2 jam sahaja. Pencapaian di dalam masa 1 atau 2 jam ini mesti menggambarkan pencapaian kita selama 1, 2 atau 3 tahun. Sebab itu masa peperiksaan adalah masa yang kritikal dan sangat penting." Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan dengan sebaiknya.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah. Ujian dan dugaan yang datang silih berganti menjadikan seseorang itu makin matang dalam mengharungi hari-hari mendatang. Jika peperiksaan itu bertujuan menguji tahap ilmu seseorang, begitu juga ujian dan dugaan yang dihadapi oleh manusia-bertujuan menguji tahap iman seseorang. Allah SWT menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat dua yang bermaksud,:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?"

Kehidupan sebagai seorang mahasiswa penuh dengan ujian dan mehnahnya yang tersendiri. Zaman mencari ilmu dan melatih diri dengan skill kepimpinan sentiasa dihalangi dengan kekangan masa dan kerja yang melambak. Kerja yang bertimbun ini menjadikan sesetengah daripada golongan mahasiswa ini tidak mempedulikan hal-hal yang berlaku sekeliling mereka. Mereka merasakan cukup bagi diri mereka menimba ilmu dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Isu-isu sekeliling dan negara bukan menjadi buah mulut mereka. Hal ini tidak boleh dilihat remeh dan enteng kerana hasil keluaran mahasiswa sekarang dilihatkan semakin lemah dari sudut kesedaran sekeliling dan dari sudut kepimpinan. Produktiviti yang lemah sebegini bukan akan membangunkan negara tetapi bakal menjadikan negara berada pada takuk yang lama..

Akhir kata, saya menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk berusaha mempertingkatkan potensi diri kerana mahasiswa bukanlah suatu generasi yang malap tetapi menjadi penggerak masyarakat dengan perkembangan idea & minda serta usaha-usaha menambahbaikan suasana. Kita bukan sahaja ingin melihat negara maju dari sudut teknologi tetapi juga maju dari sudut akhlak dan peribadi kerana dengan sahsiah yang baik itulah menjamin dunia yang lebih selamat kelak. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MOHD HAFEZ BIN SABRI

PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA

BERSATU PERAK (BERSATU)

Istiqamah_ilmu@yahoo.com

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:47 PM   0 comments
   Penternakan Berpotensi Cerah
Sunday, November 2, 2008
Nizar memerhati lembu jenis Brahman. Mengiringi beliau exco pertanian Tuan Jamaludin Radzi

SRI MANJONG: Sektor penternakan mempunyai potensi pelaburan yang amat cerah ekoran permintaan untuk hasilan ternakan meningkat dari tahun ke tahun, kata Menteri Besar.

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri serius membangunkan industri ternakan dan oleh itu, para penternak hendaklah berusaha lebih gigih dan focus.

Sehingga ini, katanya, Perak kini mempunyai 9,823 ekar kawasan padang ragut yang telah dimajukan untuk pembangunan penternakan. Ia memberi faedah kepada 1,502 orang penternak dengan nilai ternakan RM10 juta.

Sambil berharap penternak mengoptimunkan penggunaan padang ragut itu untuk tujuan penternakan, beliau berkata mereka yang menguruskan padang ragut itu perlu berfikiran komersial.

Nizar berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Dato Seri Kamarudin, di sini hari ini.
Beliau berkata iklim pelaburan yang selesa dan membina dalam bidang penternakan akan dikekalkan di negeri ini supaya lebih ramai pelabur melabur dan membuka lebih banyak ruang ekonomi dan pekerjaan.

Sumber : Perak Daily

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 11:12 PM   0 comments
   Dakwah Untuk Cemerlang Bukan Untuk Gagal
Berdakwah adalah wajib bagi lelaki dan wanita dan tidak akan ada kecemerlangan bagi umat tanpa dakwah. Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.” Dakwah adalah sebahagian daripada jihad. Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Imam Muslim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”
Ketika mencegah kemungkaran kadar minimum yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Dalam kitab Dalilul Falihin telah disebutkan, “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan jika seseorang mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang reda dengan mungkar bererti dia bersekongkol dengannya.”

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja. Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep ‘kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga.’ Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 7:26 PM   0 comments
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak