Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak baru-baru ini telah mengadakan perbincangan rasmi bersama YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Perbincangan adalah berkenaan badan (NGO) dan mahasiswa,sememangnya mahasiswa semestinya melibatkan diri mereka dengan badan-badan (NGO) ,ini kerana mereka dapat mempelajari banyak ilmu berkaitan pengurusan pentadbiran disamping itu mahasiswa juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih mudah,Sehubungan dengan itu YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu,menyarankan kepada BERSATU PERAK agar terus memperkasakan lagi NGO mahasiswa perak ini dalam mendepani massa,beliau juga menyarankan agar BERSATU PERAK,dapat mengadakan program-program berbentuk Akademik dan kemasyarakatan untuk meningkatkan keintelektualan rakyat perak.
Hasil dari perbincangan itu juga, YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO),bersetuju untuk bekerjasama dengan BERSATU PERAK dan akan menjadikan BERSATU PERAK sebagai wadah penyatuan seluruh gerakan Mahasiswa Perak,turut hadir dalam pernbincangan tersebut ialah Mohd Hafez bin Sabri (Presiden BERSATU),Wong Yim Chan (Timb Presiden 2) Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz (Exco Penerangan BERSATU). Labels: PERBINCANGAN RASMI PIMPINAN BERSATU DENGAN EXCO PERAK |
teruskan usaha anda...