"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   Perutusan Raya Aidil Fitri
Tuesday, September 30, 2008
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita umat Islam menyambut AidilFitri setelah melalui ujian sebulan berpuasa . Bagi pihak pimpinan serta seluruh warga Gabungan Mahsiswa Bersatu Perak (BERSATU), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada anak-anak Perak dan seluruh umat Islam umumnya.

Aidilfi tri adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang bertakwa yang berjaya membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu dan seterusnya meneruskan jihad dalam mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah swt. Kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang bakal menghadapi ujian akhir tahun masing-masing selepas hari raya ini, saya mendoakan agar anda semua berjaya dengan penuh cemerlang. Janganlah kita leka akan tanggungjawab dan amanah yang telah diletakkan di bahu kita sebagai hamba kepada Allah dan juga anak kepada kedua ibubapa kita.

Buatlah yang terbaik, semoga usaha anda itu akan menambahkan lagi sinar di dalam kehidupan masing-masing. Sifat sabar juga harus ditekankan di dalam semua aspek kehidupan. Janganlah kerana terlalu gembira kita melupakan adab-adab yang diajarkan Islam dalam menyambut Hari Raya ini. Bersatu Perak Perurutusan Hari Raya Kita juga seharusnya berasa bersyukur kerana kita masih dapat merayakan hari raya dengan ahli keluarga tersayang tatkala ada di antara kita yang kehilangan orang yang dikasihi sebelum hari raya ini. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk memohon kemaafan dan memaafkan antara satu dengan yang lain. Kita jauhkan rasa dendam dan irihati demi kepentingan umat Islam seluruhnya.

Di dalam kegembiraan kita meraikan hari raya ini, haruslah kita ingat akan saudara mara kita yang sedang menghadapai ujian dari Allah SWT. Kita mendoakan agar saudara mara kita di Palestin, Chechnya, Kashmir dan dimanamana sahaja tabah dan redha akan ujian ini. Sesungguhnya ujian ini adalah tarbiyyah dari Allah, untuk menguji samada kita akan bersabar atau sebaliknya. Seterusnya pada kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada para sahabat yang telah berkerja keras di dalam memastikan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) ini semakin kukuh dan hebat dalam memacu gerakan mahasiswa anak-anak perak khasnya,. Jasa baik saudara saudari sekalian, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

“Mahasiswa Pemimpin Generasi MasaHadapan

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 9:05 PM   0 comments
   Salam Ramadhan buat MAHASISWA-MAHASISWI BERSATU….
Wednesday, September 24, 2008
Begitu pantas masa berlalu, dalam kesibukan kita menjalani tugas seharian, sedar atau tidak, hari ini telah genap 24 hari kita berpuasa...Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya Syawal pula bakal menjelang tiba. Terdengar-dengar lagu Aidilfitri yang rancak dimainkan di corong-corong radio. Terbau-bau lemang dan rendang yang bakal disajikan pada hari Raya nanti…. Sama-samalah kita penuhi 14 hari terakhir Ramadhan ini dengan amal ibadah kepadaNya...semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.

Warga BERSATU yang dikasihi,

Kehadiran saya di sini, bukanlah untuk memberi tazkirah Ramadhan, sebaliknya kehadiran saya adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sedikit maklumat dan pandangan saya berhubung dengan isu politik yang hangat melanda negeri Perak baru-baru ini. Sebelum itu, ingin saya katakan, pengetahuan saya berkaitan politik negara khususnya politik di Perak adalah sangat cetek. Terus terang saya katakan, saya kurang berminat untuk mengambil tahu kerana bagi saya politik negara hari ini semakin memeningkan. Namun pada suatu hari, rakan saya meminta sedikit bantuan, lalu menyebabkan saya berasa perlu untuk saya mengambil tahu. Setelah itu, saya menjalankan pembacaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan politik. Oleh itu, saya harap, segala apa yang saya coretkan di dalam warkah ini dapat diterima oleh semua pihak.

Negeri Perak menggemparkan negara apabila Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan pada pilihanraya 15 Mac lalu sekaligus membentuk kerajaan baru. Kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat semakin bijak dan berani dalam memilih pemimpin mereka. Negeri Perak pada hari ini adalah di bawah pemerintahan Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin. Namun, belum sempat Menteri Besar kesayangan kita ini menjalankan tugas dan amanah beliau dengan tenang, timbul pula pelbagai isu yang cuba menjatuhkan kredibilitinya. Ada sahaja kesalahan yang ditimbulkan oleh-oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan kedudukannya kini.

Seandainya rakan-rakan masih ingat lagi, beberapa bulan yang lalu telah timbul isu rasuah dua exco kerajaan negeri Perak yang dituduh menerima rasuah. Kesannya, pimpinan kerajaan Perak telah dipandang serong oleh masyarakat. Namun, setelah dijalankan siasatan oleh pihak yang berkenaan, didapati kedua-dua exco tersebut adalah tidak bersalah.

Kini, timbul pula isu yang menyatakan bahawa kerajaan Perak tidak adil dan berat sebelah di atas langkah kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sahaja sedangkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil yang rata-ratanya daif juga memerlukan bantuan dan perhatian daripada kerajaan negeri. Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan berpendapat bahawa Menteri Besar kita tidak mengamalkan prinsip keadilan kepada semua kaum dan aliran sekolah serta tindakan beliau tidak sejajar dengan janji-janji manis yang dilafazkan semasa pilihan raya umum lalu.

Hakikatnya, media hanya menyebarkan berita yang tersurat sahaja. Berdasarkan kenyataan-kenyatan yang dikemukakan oleh pihak media, saya sendiri turut berasa pelik dengan tindakan kerajaan Perak. Mengapa mereka hanya memberikan tanah kepada sekolah Cina sahaja?. Namun, setelah diselidiki maklumat yang tepat, ternyata Menteri Besar kita bukanlah seorang yang berat sebelah seperti yang digembar-gemburkan oleh media.

Kerajaan Perak sedang memproses kelulusan tanah kira-kira 1,000 hektar tanah kepada sekolah agama persendirian dan beberapa institusi Islam di Perak. Kerajaan negeri turut memberi peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif. Peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media. Kedudukan yang disandang oleh Menteri Besar kita kini adalah hasil kepercayaan rakyat yang pelbagai kaum. Mustahil bagi beliau untuk bersikap tidak adil dengan memihak kepada satu kaum sahaja. Rasionalnya, peruntukan 1,000 hektar tanah adalah suatu jumlah yang sangat besar yang memerlukan sedikit masa untuk diluluskan. Pihak yang terbabit pasti lebih mengetahui.

Mahasiswa BERSATU,

Kesimpulannya, ingin saya nyatakan bahawa, kita tidak boleh terlalu cepat mempercayai berita-berita yang dipaparkan di dada akhbar yang rata-ratanya menyiarkan cerita yang dikemukakan tanpa diselidik secara mendalam terlebih dahulu. Kebiasaanya cerita ditulis secara tokok tambah bagi menyedapkan cerita tersebut agar jualannya laris. Pembaca yang berilmu, mungkin dapat menghidu bahawasanya cerita-cerita di akhbar kebanyakan dikarang secara beremosi yang ternyata berat sebelah dan mudah mempengaruhi minda pembaca. Namun, tidak semua akhbar bersikap demikian.

Mungkin kenyataan saya ini salah namun inilah hakikatnya. Sememangnya akhbar penting dalam hidup kita agar segala perkembangan yang berlaku baik di dalam mahupun luar negara dapat kita ketahui. Namun, kita perlu bijak dalam menerima berita-berita yang dibaca. Banyakkan membaca pelbagai akhbar. Pengetahuan itu penting, tetapi ia perlu diiringi dengan akal dan kebijaksanaan tetapi bukan perasaan. Berkaitan isu politik Perak pula, tidak salah untuk kita memberi peluang kepada kerajaan baru ini merancang strategi pentadbiran mereka.

Lumrah alam, setiap yang baru itu pasti ada kekurangan di mana-mana. Perkara yang baik kita terima dan yang kurang itu kita bantu dan cuba betulkan bukannya diiringi dengan tohmahan dan ancaman. Baik biru muda, biru tua, hijau mahupun putih kesemuanya bertanggungjawab memastikan kebajikan rakyat terjaga. Kesempurnaan memerlukan perhubungan baik di antara semua pihak. Buat akhirnya, semoga Ramadhan ini dapat mendidik jiwa kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Wasalam....

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:05 PM   0 comments
   Ipoh Menggamit Suasana Islamik Sepanjang Bulan Ramadhan
Sunday, September 21, 2008
Pada 4 September yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran Ihya' Ramadhan oleh YAB MB Perak Darul Ridhuan.Program ini bermula pada malam 15 Ramadhan dan seterusnya setiap malam sehinggalah kemuncaknya pada 27 Ramadhan. Ihya' Ramadhan anjuran kerajaan negeri ini mula membentuk suasana islamik di Bandaraya Ipoh. Ia menunjukkan satu kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dalam menonjolkan keizzahan Islam di bulan yang mulia Bulan Ramadhan.

Dataran Bandaraya Ipoh tidak lagi dikunjungi oleh kaki lepak, mat rempit dan remaja yang berpasang-pasangan. Sebaliknya kini, ia kunjungi oleh orang ramai untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isya', tarawikh berjamaah dan tazkirah. Program julung-julung kali ini diadakan mendapat sambutan yang baik oleh seluruh lapisan masyarakat.

Pengisian utama program Ihya' Ramadhan ini ialah Tazkirah yang disampaikan oleh para pendakwah dari seluruh negara. Peluang ini digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada penghuni bandaraya Ipoh.

Selain itu, semua pejabat-pejabat kerajaan diarahkan oleh MB Perak supaya mengerjakan solat Zohor berjamaah dan diikuti oleh Tazkirah. Bangunan Perak Darul Ridhuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar dan Pejabat SUK, menjadi contoh antara yang menghidupkan Ihya' Ramadhan dengan program Tazkirah setiap pagi, solat Zohor berjamaah diikuti dengan tazkirah juga setiap hari.

YAB MB Perak sendiri akan berjamaah Zohor disurau-surau Jabatan Kerajaan serta menyampaikan tazkirah selepas Zohor. Bermula dengan Solat Zohor di PTG pada Khamis ini, dan akan diikuti dengan surau-surau di jabatan-jabatan yang lain pada hari-hari berikutnya.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:33 AM   0 comments
   Kompleks Baru Terminal Bas Bandaraya Ipoh
Gambaran Pelukis : cadangan terminal bas bersepadu yang akan dibina di bandar meru raya dalam tempoh masa tiga tahun lagi.

Dalam masa tempoh tiga tahun lagi sebuah terminal bas yang moden akan terbina di Bandar Meru Raya dan akan merupakan satu lagi mercutanda baru Bandaraya Ipoh yang menawarkan kemudahan pada pengunjung dan pengguna pengangkutan perkhidmatan awam.

Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh dan Pusat Perdagangan dan Perniagaan telah diadakan disini tengahari ini di Pejabat Menteri Besar yang telah turut dihadiri oleh EXCO Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, YB Nga Kor Ming , Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim, serta timbalannya, Encik Abu Bakar bin Haji Said.

Pihak syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd telah diwakili oleh pengarahnya sendiri dan beberapa wakil lain syarikat terbabit.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar,“Kompleks tersebut yang akan merupakan ‘Hub Pengangkutan’ akan dilaksanakan secara ‘Private Funding Initiative’ oleh sebuah syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd.”

Pelan lokasi tanah seluas 8.3 ekar yang akan dibangunkan bersebelahan dengan Pejabat Pendaftaran

Terminal ini akan memberikan keselesaan kepada semua pengguna pengankutan di Negeri Perak. Lokasinya yang strategik bersebelah Lebuhraya Utara-Selatan juga akan tentunya mampu mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam Bandaraya Ipoh seperti yang selalu berlaku di kawasan Medan Gopeng dan Medan Kidd,” jelas Nizar.

Nizar turut menjelaskan bahawa perjanjian tersebut menghenhendaki syarikat terbabit menyediakan 30 bas baru sebagai fleet perkhidmatannya apabila dilancarkan kelak, serta menggantikan 250 bas lama kepada bas baru secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pelancaran.

Pengusaha juga bukan sahaja akan memberikan perkhidmatan yang selesa, tetapi juga akan memastikan terdapat kemudahan seperti surau untuk pengguna Islam.

Projek ini membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya.

Nizar menyarankan agar perkhidmatan pengangkutan awam ini mengkaji dari masa ke masa kesesuaian laluan atau destinasinya terutama yang melibatkan bas berhenti-henti kerana taman-taman perumahan berubah dari masa ke semasa.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:06 AM   0 comments
   Syabas Pakatan Rakyat Perak
Wednesday, September 17, 2008
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) melihat Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini telah menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka.

Suatu ketika dahulu beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini yang dikenakan kepada mereka. Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, meskipun dibayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah lain. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi tohmahan yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini.

kami selaku mahasiswa berasa pelik dan hairan mengapa perkara ini tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan pimpinan barisan nasional sebelum ini, kita boleh bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan,akan tatapi ia dibayar setelah SAR dapat duit dari merata sumber. Begitulah nasib SAR ketika itu.

Kini Alhamdulilah, kerajaan Pakatan Rakyat yang suatu ketika dulu menjadi pembangkang yang menentang tindakan zalim ini, akhirnya setelah diberi mandat oleh rakyat bagi mengambil alih kuasa ini telah mengembalikan semula hak mereka bagi membolehkan SAR mengurus tadbir dengan baik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan SAR.

Baru-baru ini penantian yang penuh penyeksaan ini diakhiri dengan penyerahan cek-cek bantuan perkapita kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena majlis Perasmian Masjid tersebut. Sebahagiannya akan diserahkan pada majlis yang lain. Kami selaku mahasiswa,dan juga merupakan anak kelahiran perak amat menyokong kebijaksanaan Menteri Besar Perak barisan exco dan seluruh adun pakatan rakyat perak kerana dapat mengemudi kerajaan perak dengan adil dan saksama.

Apa yang membanggakan lagi YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin juga telah mengumumkan bahawa kerajaan PR akan turut menganugerahkan sebidang tanah kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR.Oleh kena (BERSATU) , sekali lagi ingin menyatakan bahawa mahasiswa akan sentiasa menyokong segala tindakan dan keputusan kerajaan negeri perak dalam usaha memberikan kebajikan dan keadilan kapada rakyat jelata.selaku mahasiswa kami sentiasa mengikuti perjalanan kerajaan perak kerana mahasiswa adalah generasi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan,yamg sememangnya pandangan dan pemikiran mereka perlu diambil serius oleh kerajaan bagi mengukuhkan jaringan kekuatan dalam memimpin sesebuah kerajaan..

MOHD HAFEZ BIN SABRI
PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:27 PM   0 comments
   RAMADHAN : Bulan Rahmat, Beramal Soleh & Berpuasa
Tuesday, September 16, 2008
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya.

Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:12 AM   1 comments
   Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) bangga akan kebijaksanaan Menteri Besar Perak
Friday, September 12, 2008
Selepas tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu,Pakatan Rakyat(PR) yang dianggotai PAS,PKR dan DAP telah membentuk kerajaan Negeri Perak yang baru dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak daripada 59 kerusi DUN.Selebihnya dimenangi oleh BN yang diketuai oleh UMNO sebagai Ketua Pembangkang yang baru oleh Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali,bekas Menteri Besar Perak pada penggal yang lepas.

Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar sejak 8 Mac lalu,selama 6 bulan mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak,Dato’ Seri Ir.Nizar Jamluddin, sudah banyak perubahan dan pembaharuan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya.Antaranya ialah memberi 400 ekar tanah kepada sebuah sekolah aliran Cina yang dipolitikkan oleh Umno/BN kononnya Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak mementingkan orang Melayu di Perak dengan membantu sekolah aliran Cina di Perak padahal ia tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan BN yang sudah pasti berbaur perkauman menjadi dasar pemerintahan parti itu.

Begitu juga dengan isu Sekolah Agama Rakyat di Perak,kerajaan Perak juga member 1,000 ekar kepada SAR negeri itu.Ia juga tidak pernah berlaku sepanjang Umno/BN memerintah selama 50 tahun walaupun Umno mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu,dan ini jelas menunjukkan singkatnya akal kerajaan sebelum ini memerintah negeri perak.

Kesimpulannya,kami dari Gabungan Mahasiswa Perak (BERSATU) membawa suara mahasiswa negeri Perak Semalaysia menyokong penuh kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih dengan cara yang terhormat dalam menghadapi rintangan dan cobaan selama menjadi kerajaan baru Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

MOHD HAFEZ BIN SABRI
PRESIDEN,GABUNGAN MAHASISWA
BERSATU PERAK (BERSATU)

Istiqamah_ilmu@yahoo.com
mahasiswa_perak@yahoo.com

Tel No: 019-5255990

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:29 PM   2 comments
   Akhirnya 'Pakatan' Perak Tak Tumbang 31 Ogos, Bagaimana 16 September?
Tuesday, September 9, 2008
URA-URA kerajaan pakatan PAS, DAP, PKR negeri Perak yang dikatakan akan tumbang pada 31 Ogos akhirnya tidak menjadi realiti.

Bekas Menteri Besar Perak, DatAkhirnya 'Pakatan' Perak tak tumbang 31 Ogos, bagaimana 16 September?uk Seri Tajol Rosli Ghazali yang pernah membuat gempar mengatakan kerajaan negeri pimpinan pembangkang itu akan jatuh menjelang sambutan Merdeka tidak menjadi kenyataan.

Akhbar dalam talian mStar Online melaporkan sasaran 31 Ogos bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat tidak kesampaian.
Tajol ketika dihubungi mStar Online hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

“Tak payah komenlah,” katanya ringkas.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut dihubungi berkata, beliau juga menunggu perkara itu berlaku, namun ia ternyata tidak menjadi kenyataan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih mempunyai 31 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pada 31 Ogos. Tiada perubahan... tiada yang melompat (parti),” katanya.
Mohammad Nizar berkata, beliau ada bertemu dengan Tajol ketika upacara perbarisan Hari Merdeka peringkat negeri di Ipoh semalam, namun katanya mereka sekadar bersalam dan bertanya khabar.

“Saya jumpa beliau... saya tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman yang beliau hendak lakukan tapi tak ada pula.

“Saya bersalaman... bertanya khabar dan ucapkan Selamat Hari Merdeka dan selamat berpuasa kepada beliau. Tiada pula tanda-tanda yang beliau akan menggulingkan kerajaan,” katanya.
Ketika ditanya kemungkinan Tajol mempunyai tarikh lain selepas ini untuk mengambil alih kerajaan pimpinannya, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Itu kenalah tanya dia. Saya tidak tahu kenapa ia tidak berlaku (ambil alih kerajaan)...ada perkara-perkara yang tidak tercapai.

“Namun, apa yang penting matlamat kerajaan Pakatan Rakyat pada hari merdeka adalah memerdekakan negeri Perak dari kejahilan dan semangat perkauman,” katanya.

Bulan lalu, Tajol yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN dan beliau turut menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS sekiranya parti itu bersedia membentuk kerajaan campuran dengan BN.

Bagaimana pula kerajaan persekutuan yang heboh dikatakan akan tumbang menjelang 16 September ini?Sama-sama kita tunggu. Auta atau realiti?

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by aktivis BERSATU @ 9:58 PM   0 comments
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak