"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI
Friday, January 30, 2009


IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shah pada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati .
Sumber : perakDaily

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 6:42 PM   0 comments
   BERSATU Perjelas ‘Hijrah’ Adun Bota
Ipoh, 29 Jan - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) hari ini menjelaskan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Dato’ Nasarudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tetap komited mempertahankan nasib orang Melayu.

Menurut Presidennya, saudara Mohd Hafez Sabri tindakan tersebut juga melenyapkan segala dakwaan kononnya kerajaan negeri sekarang di bawah pimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengikut telunjuk DAP.

“Apa yang berlaku menunjukkan beliau (Dato’ Nasaruddin) selesa dengan kerajaan negeri sekarang dan membuktikan kerajaan negeri prihatin terhadap nasib orang Melayu di Negeri Perak” jelas beliau.

“Kalau kerajaan negeri sekarang meminggirkan orang Melayu, mengapa beliau sanggup keluar UMNO dan menyertai PKR” tegas beliau lagi.

Menurut rekod, Dato’ Nasarudin yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Parit memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bota atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,068 undi.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau ditawarkan wang dan jawatan exco untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau menegaskan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

“Ini kerana beliau sendiri (Dato’ Nasarudin) telah membuat pengakuan di hadapan Menteri Besar semalam mengenai niat dan keikhlasan beliau untuk menyertai Pakatan Rakyat” jelas beliau lagi.

Mengenai isu pemberian tanah hak milik kekal kepada rakyat yang didakwa hanya menguntungkan orang Cina, beliau sebaliknya menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada pihak kerajaan negeri.

Ini kerana jelas beliau pemberian tanah hak milik kekal tersebut bukan sahaja kepada penduduk Kampung Baharu, tetapi juga diberikan kepada penduduk Kampung Tersusun yang jumlah populasinya hampir seratus peratus orang Melayu.

“Menurut laporan daripada kerajaan negeri, jumlah keseluruhan Kampung Baharu di negeri ini hanya sekitar 134 buah, manakala jumlah keseluruhan Kampung Tersusun pula adalah mencecah 349 buah. Jadi secara peratusnya membuktikan pemberian tanah hak milik kekal ini lebih menguntungkan orang Melayu berbanding orang Cina dan India” tegas beliau lagi.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 6:09 PM   0 comments
   Presiden BERSATU PERAK rasmikan (KIC 09) ANJURAN PEMARAK
Tuesday, January 27, 2009

Kuala Lumpur: Presiden BERSATU PERAK telah merasmikan Kem Insan Cemerlang (KIC 09) anjuran Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam,bertempat di Kolej kediaman Keempat Universiti Malaya

Program ini telah melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia Teluk Intan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Talib Teluk Intan,jumlah peserta seramai 80 orang pelajar bersama 6 orang guru pengiring,semua yang terlibat adalah dikalangan pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini

Program anjuran PEMARAK ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar di perak berkenaan dengan Institut Pengajian Tinggi dan membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,disamping itu para pelajar juga didedahkan dengan kehidupan sebenar alam kampus dan cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi nanti,agar mereka bersiap sedia dalm menghadapi segala macam rintangan ketika bergelar mahasiswa nanti

“Saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada PEMARAK kerana berjaya menjalankan program ini dengan baik,sememangnya para pelajar di perak perlu di beri pendedahan awal berkenaan institut pengajian tinggi,hal ini kerana ia akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan sentasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri mereka dalam segala bidang,sepertimana kata pantun melayu

“Semangat Cekal Jiwa Berani Sekali Genggam Jadikan Bara Perubahan Sikap Harus Diuji Kelak Sampai Ke Puncak Jaya” ” memetik ucapan Presiden BERSATU PERAK, ketika merasmikan majlis penutup program tersebut.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 8:23 PM   1 comments
   Mahasiswa Perak Perlu Bijak Berdikari selepas Alam Kampus
Tuesday, January 20, 2009
IPOH : Masalah pemberhentian pekerja sektor perkilangan di Perak dijangka serius terutama yang melibatkan sektor pembuatan dan pasaran eskport, kata Menteri Besar Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri mendapatkan khidmat beberapa pakar untuk memberikan nasihat bagi menangani masalah yang akan berlaku akibat kesan kemelesetan ekonomi dunia yang semakin dirasai kini.

"Kerajaan negeri terpaksa menangani masalah pemberhentian pekerja ini walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja asing seperti dari Nepal dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jumlah pekerja sektor perkilangan di Perak yang bakal terjejas akibat penutupan kilang-kilang yang beroperasi di negeri ini.

Kerajaan negeri juga telah merangka beberapa langkah bagi membantu pekerja sektor perkilangan dari kalangan rakyat Perak yang dijangka turut terjejas dengan keadaan itu, katanya.

"Satu daripadanya ialah kita mahu semua PBT memberikan kelulusan segera kepada rakyat Perak terbabit yang memohon premis perniagaan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Mengenai kakitangan kerajaan negeri yang bertaraf kontrak, Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin berkata setakat ini belum ada yang diberhentikan.

"Tidak ada keperluan untuk membuang pekerja kontrak kerajaan negeri pada ketika ini. Khidmat kesemua mereka diperlukan dan kerajaan negeri masih berkemampuan untuk meneruskan khidmat mereka," katanya.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 1:57 PM   0 comments
   BERSATU PERAK,SERU MAHASISWA SUMBANGKAN DANA UNTUK PALESTIN
Thursday, January 15, 2009

Jika sahabat-sahabat mahasiswa punya rasa prihatin dan bersimpati diatas penderitaan rakyat Palestin dan ingin menyumbang bagi membantu meringankan sedikit penderitaan dan kesengsaraan yang mereka sedang hadapi , kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan telah melancarkan tabung untuk rakyat Palestin.

Sumbangan anda amat bererti kepada perjuangan rakyat Palestin. Maka marilah menderma sementara kesempatan bagi kita masih ada.Masukkan sumbangan anda atas nama :

DANA PALESTIN PERAK
Melalui:
BANK ISLAM IPOH
No. Akaun :
08013010068281

Labels: ,


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:28 PM   0 comments
   Perak negeri pertama mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin
Monday, January 12, 2009



IPOH (9/1/2009) : Perak merupakan negeri yang pertama mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. RM1 juta merupakan sasaran bagi mencapai maksud tersebut. Semoga Perak menjadi pemangkin kepada negeri-negeri lain untuk melaksanakan program yang sama.

Program Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) berjaya menghimpunkan hampir 4,000 rakyat Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Pelbagai kaum dan agama telah bersama-sama menyatakan pendirian mereka mengutuk dan mengecam serangan Israel kepada rakyat Palestin kerana isu Palestin bukan hanya isu agama malah ianya adalah isu kemanusiaan.
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Ir Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak turut dihadiri oleh Setiusaha Kerajaan Perak, Datuk Bandar Ipoh, Exco Kerajaan Negeri Perak, Adun-Adun, Pegawai-pegawai kerajaan, parti-parti politik serta pelbagai pertubuhan dan juga orang ramai.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ust Zulkifli Ibrahim, Pengarah Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin, diikuti oleh Dr Khairuddin Dato' Malek selaku pengerusi Jama'iy.

Pidato mula menjadi bersemangat dengan dimulai oleh Saudara Mohd Hafez bin Sabri daripada Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Wakil Mahasiswa),kemudian disusuli pula oleh wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pengerusi Teras Cikgu Azmi Abd Hamid serta seorang wakil daripada Palestin.

Cikgu Azmi daripada Teras juga turut melancarkan Boikot Barangan Israel dan Amerika. Amat menarik apabila sebuah pentomim mengenai kesengsaraan Palestin dipersembahkan semasa ucapan oleh Cikgu Azmi.

Persembahan multimedia pula menyusul dengan menayangkan video tentang sejarah peperangan diantara Israel dan juga Palestin serta kezaliman puak rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Parti politik seperti PAS, PKR, DAP mengambil bahagian dengan ucapan oleh pimpinan negeri.

Upacara kemuncak adalah Pelancaran Dana RM1 juta untuk Palestin oleh Menteri Besar Perak dengan pelbagai pihak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri sumbangan mereka kepada Menteri Besar.

Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan pada majlis itu sahaja adalah sebanyak RM127,000.00.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 11:04 PM   0 comments
   Pidato Keamanan Untuk Palestin
Friday, January 9, 2009

Pidato Kemanusiaan Untuk Palestin

Tempat : Stadium Indera Mulia Ipoh Perak
Masa : 8.00pm-11.30pm

Membariskan :

:: Menteri Besar Perak - Dato Seri Ir. Hj Mohammad Nizar B. Jamaluddin
:: Mufti Perak - Dato Seri Dr Hj Harussani B. Zakaria
:: Presiden Bersatu Perak - Mohd Hafez Sabri (Wakil Mahasiswa)

Nantikan Kemunculan Mereka Berpidato Mengecam Tindakan Israel Terhadap Dunia Islam Palestin.

Semua Dijemput Hadir

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:34 PM   0 comments
   BERSATU PERAK GESA RAKYAT SERTAI PERHIMPUNAN PALESTIN DI IPOH
Thursday, January 8, 2009
IPOH, 8 Jan - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri Perak untuk menyertai Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin pada malam esok di Stadium Idera Mulia, Ipoh, Perak.

Setiausaha Agungnya, saudara Raffeuddin Buhollia berkata program ini amat bermakna bagi menunjukkan sokongan padu kita kepada rakyat Palstin yang ditindas rejim zionis sejak 60 tahun yang lalu.

"Kita tidak mampu untuk berjihad ke Palestin, namun kita tetap mempunyai cara lain bagi menunjukkan sokongan kita kepada perjuangan rakyat paelstin. Jadi saya menyeru kepada semua rakyat Malaysi khusunya umat Islam untuk sama-sama kita meramaikan program esok" katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa program yang akan berlangsung esok tidak terhad kepada orang Islam sahaja sebaliknya terbuka kepada semua kaum dan penganut agama.

"Mereka (bukan Islam) amat dialu-alukan untuk hadir atas dasar kemanusiaan,malah program ini juga turut memberikan peluang kepada pemmpin-pemimpin bukan Islam untuk menyampaikan ucapan dan bantahan mereka terhadap rejim yahudi" tegas beliau lagi.

Program tersebut akan berlangsung pada 9 Januari 09 (jumaat), bermula jam 8.00 malam, bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Ia akan dilancarkan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan dianggarkan kira-kira 7000 orang akan hadir.

Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) ini juga mensasarkan kutipan derma sebanyak SEJUTA RINGGIT dalam masa dua bulan untuk rakyat Palestin.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 9:39 PM   0 comments
   Solidariti Rakyat Perak Untuk Palestin
Wednesday, January 7, 2009

Ipoh,06/01/2009,Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak telah menghadiri satu mesyuarat khas Kerajaan Negeri Perak dan badan-badan NGO di perak,Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan musibah yang sedang menimpa Rakyat Palestin,Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh Tuan Zulkifli bin Haji Ibrahim selaku, (Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak)

Hasil dari perbincangan tersebut semua pihak telah mencapai kata sepakat,untuk memastikan rakyat negeri perak tidak mengira bangsa dan agama sama-sama perlu menunjukkan kebersamaan mereka bersama rakyat palestin,Menurut Pengerusi JAMAIY PERAK,Dr Khairuddin Dato’ Abdul Malek, “Kita mahu rakyat negeri perak ini,memberikan segala sumbangan yang termampu untuk rakyat palestin,kerana rasa kasih sayang dan persaudaraan yang tinggi antara kita dan mereka,disamping itu bagi yang mampu mereka boleh mengambil anak-anak yatim Palestin yang kini tidak punya ibu dan ayah untuk dijadikan anak angkat mereka kerana anak-anak ini memerlukan kasih sayang” kata beliau ketika ditemuramah selepas selesai mesyuarat tersebut.

Sementara itu Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez bin Sabri , “Mahasiswa perlu meletakkan diri mereka sebagai golongan yang berada dibarisan hadapan dalam isu ini dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menunjukkan kebersamaan mahasiswa dalam segala perkara kebaikan dalam rangka kerja melahirkan mahasiswa yang bertaqwa dan mempunyai nilai moral yang tinggi ” kata beliau ketika ditemuramah selepas selesai mesyuarat tersebut.

Hasil dari mesyuarat tersebut semua pihak telah mencapai kata sepakat,dan berikrar untuk sama-sama menggerakkan gelombang isu-isu Palestin untuk diberitakan kepada rakyat negeri perak,bagi memastikan negeri ini mendapat kerahmatan hasil dari rakyatnya yang baik,disamping itu semua badan kerajaan dan badan bukan di Perak juga masing-masing akan Bersatu padu dalam malaksanakan gerak kerja yang telah disusun.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil badan-badan kerajaan,Badan-badan NGO di Perak serta Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:25 PM   0 comments
   Isu Pemilihan Ketua Kampung Baru diputar belit media.
Saturday, January 3, 2009
Saya kesal dengan sikap media yang tidak habis-habis memutar belit berita Kerajaan Negeri Perak dengan pemberitaan yang berat sebelah serta mengambarkan apa yang dilakukan semuanya salah dan tidak betul. Terkini dalam isu pemilihan Ketua Kampung Baru Gunung Rapat di DUN Simpang Pulai yang hangat diperkatakan media arus perdana sekarang.

Sebenarnya tidak ada percangahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dengan dasar Kerajaan Negeri seperti yang digambarkan oleh Utusan .

Yang berlaku cuma kesilapan maklumat dan salah faham yang sedang dan akan diselesaikan segera oleh kedua-dua belah pihak.Pemilihan ketua kampung tradisional yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu telah selesai dilakukan di semua kampung di Negeri Perak dengan cara pemilihan. Namun begitu pemilihan ketua kampung baru tertangguh beberapa ketika dan akan diselesaikan pada tahun 2009.

Sedangkan apa yang berlaku di Kampung Baru Gunung Rapat adalah kes yang terpencil yang cuba diperbesarkan malah digunakan oleh media yang tidak bertanggungjawab bagi melagakan YAB Menteri besar dengan dua orang wakil rakyat tersebut.Sebetulnya apa yang dilakukan adalah tidak bercanggah kerana mereka mengambil kira keputusan asal cara memilih ketua kampung tradisional sebelum pengumuman baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar seperti disiarkan malaysiakini.

Disebabkan proses yang diumumkan lebih awal dengan cara pengundian bagi memilih ketua kampung itu , adalah satu kewajaran ianya diteruskan bagi menentukan calon dan seterusnya calon yang terpilih akan disahkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar siapakah yang paling layak.

Saya yakin ini adalah masalah kecil yang sengaja diperbesarkan bagi menutup masalah yang lebih besar. Pihak yang memutar belit berita ini difahamkan tidak menemui semua pihak untuk memberitakan keadaan yang sebenar. Pemberitaan yang dilihat sangat berat sebelah itu adalah andaian dan rekaan orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata.

Perkataan MB Perak "terkilan" adalah perkataan yang tidak pun diucap oleh YAB Menteri Besar.Nasihat saya kepada semua ADUN Pakatan Rakyat dalam BBC supaya sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kerana ada saja "pihak" yang ingin mencuri peluang bagi memutar belit setiap tindakan yang dilakukan kerana mereka mempunyai "agenda tersembunyi" yang semua sudah maklum.

Berita awal yag disiarkan mengenai ketua kampung bari itu sila lihat disini
http://www.malaysiakini.com/news/95486. http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:08:00



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:45 PM   0 comments
   Titah Raja Muda Perak Sempena MAAL HIJRAH 1430

Raja Muda Dr Nazrin Shah telah merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak bagi tahun 1430 Hijrah di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridhuan

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar serta isteri, Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Hj Mohammad Nizar serta isteri, Exco Agama Islam Perak, YB Zainuddin serta isteri dan juga beberapa Adun beragama Islam serta Ketua-ketua Jabatan.

Menurut titah baginda, bahawa kemelut ekonomi kini adalah berpunca dari himpunan pelbagai aktiviti yang telah sekian lama berunsur destruktif, dari segi salah pengurusan, dari segi pecah amanah, dari segi salah keutamaan menyalurkan sumber kekayaan anugerah ILAHI.

“ Dunia menyaksikan bagaimana sumber kekayaan lebih banyak dibelanjakan bagi tujuan membina kekuatan persenjataan dan kekuatan ketenteraan untuk membolehkan negara kaya dan negara maju melakukan serangan terhadap negara lain, berselindung atas topeng demokrasi – berselindung atas hasrat melaksanakan keadilan,” titah baginda.

“Suasana ekonomi yang muram ini adalah peringatan ILAHI kepada umat manusia.Bertapa manusia terutama meraka yang diamanahkan kuasa, wajib menginsafi akan tanggung jawab utama menyempurnakan tugas terhadap manusia dan melaksanakan keadilan terhadap alam.Betapa sebahagian meraka yang berkuasa dan berjawatan terlalu asyik dan mabuk dengan kuasa, bersifat tamak dan berlagak angkuh sehingga kuasa sering kali disalahgunakan hingga menjadi punca kepada berlakunya pelbagai bencana,” tambahnya lagi.

Baginda berpendapat , tentang perlunya bagi negara memerlukan instrumen berkesan yang berupaya memantau sebarang penyalahgunaan kuasa.Negara juga perlu mengambil langkah-langkah tepat memenuhi tuntutan warga yang berkehendakkan takbir urus yang telus dan sifar rasuah, dengan didukung oleh sistem kehakiman yang adil, yang akan dicapai jika para hakim terdiri dari kalangan meraka yang berintegriti tinggi.

“Apa juga instrumen perundangan dan penguat kuasaan yang diperkenalkan hendaklah secara bersungguh diterjemahkan dalam bentuk tindakan.Jika tidak terbukti dalam satu kesungguhan di peringkat tindakan, maka apa jua instrumen perundangan dan penguatkuasaan yang diperkenalkan,tidak dapat memberikan keyakinan kepada warga,” jelas baginda.

Baginda telah menyarankan beberapa saranan seperti berikut :

“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dimulakan dengan gerakan membina keyakinan.Tahun 1430 Hijrah, hendaklah dimulakan dengan azam untuk membuktikan kesungguhan negara dalam membina warga yang bermaruah dan berintegriti tinggi,”

“Tahun 1430 Hijrah hendaklah ditumpukan kepada gerak kerja pembangunan, membebaskan negara secepat mungkin dari kemelut dan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.”

“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dijadikan tahun yang para pemimpin kurang berpolemik dan kurang berpolitik; kurang bercanggah dan kurang bertelagah.”

“Pada hemat Beta, ada kalanya kegiatan politik yang berketerlaluan bukan sahaja tidak produktif tetapi bersifat ‘counter’ produktif.Ini bukan lagi masanya untuk mencari salah, ini adalah masa untuk melakukan pembetulan.”

“Tahun 1430 Hijrah hendaklah tahun yang mencerminkan negara memiliki kekuatan untuk bertindak tegas memerangi rasuah.”

“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dijadikan tahun keramat membuktikan keberanian negara melaksanakan keadilan – menjatuhkan hukuman kepada mereka yang telah menodai amanah, kepercayaan dan tanggung jawab.”

“Tahun 1430 Hijrah juga hendaklah dijadikan tahun rakyat membuktikan kejujuran dan keikhlasan dan selaras dengan ajaran islam, bersedia melakukan sifat bermuhasabah, memperlihatkan semangat ‘self accountability’ yang tinggi secara rela mengundurkan diri dari memegang amanah – secara rela meletakkan jawatan apabila nama baik telah tercalar atau tercemar.”

Seterusmnya baginda menyeru agar tahun 1430 Hijrah dijadikan sebagai sebagai tahun negara dan warga melakukan penghijrahan minda, penghijrahan budaya, penghijrahan sikap dan penghijrahan niat untuk secara bersungguh-sungguh membina sebuah negara bangsa yang gemilang, negara bangsa yang berintegriti, negara bangsa yang dihormati.

Diakhir acara majlis, Raja Muda Dr Nazrin Shah telah berkenan untuk menyampaikan anugerah Maal Hijrah tahun ini.Al Fadhil Ustaz Tuan Haji Muhammad Rivai Batubara telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430H bagi tahun ini.Manakala Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin pula dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah tahun ini.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:50 PM   0 comments
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak