"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   PIMPINAN BERSATU PERAK CAPAI KATA SEPAKAT
Wednesday, December 24, 2008

Ipoh:Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak,telah mencapai kata sepakat bagi memastikan gerakan mahasiswa perak terus maju dan gemilang dalam arus gerakan massa yang begitu mencabar sekarang ini.Mesyuarat yang berbentuk “Brainstorming” ini telah berjaya mencapai kata sepakat semua pimpinan dan ini menunjukkan bahawa Mahasiswa Perak semakin pro-aktif dalam melahirkan individu-individu mahasiswa yang cemerlang di kampus,Gemilang di negeri.

Presidennya,Saudara Mohd Hafez bin Sabri,menjelaskan "sememangnya hasrat semua pihak di negeri perak ini bermula dari kerajaan negeri sehingga kepada rakyat negeri perak,masing-masing menyokong teguh gerakan mahasiswa yang di bawa oleh BERSATU PERAK ini serta meletakkan harapan yang tinggi agar mahasiswa perak dapat bersama-sama kerajaan negeri dan rakyat dalam membangunkan minda masyarakat kearah wawasan perak baru". katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan BERSATU PERAK baru-baru ini.

Sementara itu,wakil Kampus Borneo,Saudara Aliff bin Basri menyatakan beliau akan memastikan gelombang gerakan mahasiswa perak ini akan turut dirasakan oleh mahasiswa perak yang berada di sabah dan sarawak,ini kerana peringkat pimpinan BERSATU PERAK telah menyusun program-program untuk mahasiswa perak disana dengan baik dan tersusun.

Sehubungan dengan ini,BERSATU PERAK meggesa seluruh mahasiswa,bersama-sama meningkatkan minat dan kebersamaan dalam melahirkan mahasiswa yang “Cemerlang di Kampus Terbilang di Negeri”,dengan menyertai program-program kemasyarakatan dan mengambil cakna berkenaan suasana politik negara kerana kita adalah generasi pemimpin pada masa akan datang.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 7:23 PM   0 comments
   Toyota Camry: ECONS Respon Industri Automotif Negara
Thursday, December 18, 2008

Kuala Lumpur: Setiausaha Economics Student Leader Council (ECONS), Saudara Ahmad Fahmi dalam temubual tidak rasmi bersama wartawan Mahasiswakini.com dipetik sebagai berkata pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin dilihat tidak patriotik dan membazir bagi sesetengah golongan. Namun beliau menyifatkan tindakan Kepimpinan negeri Perak sebagai implikasi pasaran dalam pembangunan dan pemerkasaan industri automotif Negara.

“Sememangnya ramai yang memberi respon dari sudut politik, tetapi kita bercakap tentang kualiti bukan jenama. Ahli masyarakat terutamanya mahasiswa perlu melihat isu ini dari aspek sejauhmana Malaysia memacu Industri Automotif. Industri Automotif kita masih lagi ditahap yang rendah malah memerlukan pemerkasaan dari aspek teknologi dan tenaga pakar. Bagi saya, kerajaan Perak lebih mementing nilai wang (value of money) berbanding aspek Jenama Malaysia. Sememangnya kita perlu menyokong industri Negara, tapi kalau barang tak bagus, kos selenggara tinggi dan tak mencapai standard, pelanggan tetap akan lari. Ini hukum pasaran” ujar beliau panjang.

Beliau yang diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri juga menyatakan pasaran automotif dunia dalam keadaan tenat akibat krisis kewangan Amerika Syarikat. Syarikat automotif seperti Ford dan DaimlerChrysler terpaksa menuntut bantuan dari Pusat dalam usaha menyelamat syarikat tersebut daripada bankrup.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Saudara Ahmad Fahmi juga menyarankan kepada kepimpinan Negara supaya mementingkan pembangunan Negara dari aspek ekonomi dan kualiti eksport. Beliau juga menambah kerajaan tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian industri automotif Negara malah perlu berusaha meningkatkannya.

“Di samping matlamat politik, saya menyarankan pemimpin Negara perlu melihat dengan lebih jauh dalam aspek ekonomi Negara. Kerajaan jangan merasa ‘syok’ (seronok) sendiri dengan pencapaian industri automotif yang ada sekarang, pasaran semakin kompetetif tetapi kita masih lagi dengan teknologi yang lama. Kualiti kereta kita juga masih rendah jika nak dibanding dengan syarikat gergasi dari Jepun dan Korea Selatan. Isu perkauman dan pelbagai isu picisan lain semakin menjadi tidak relevan tetapi pembangunan ekonomi yang rakyat inginkan” tambah beliau santai.

Isu pembelian kereta berkenaan mendapat respon hangat daripada golongan mahasiswa. Isu ini semakin panas apabila kerajaan Kedah juga dijangka akan mengumumkan tindakan tersebut dalam masa terdekat. Kepimpinan mahasiswa di kedua-dua negeri termasuk Bersatu Perak dan Persada dijangka akan bertemu dengan kepimpinan peringkat negeri bagi mendapat penjelasan kukuh tentang isu ini.-mahasiswakini

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:48 PM   0 comments
   UUCA Amendments Not Good Enough
Sometimes we continue to ponder as to why Malaysian local students despite being endowed with such vast knowledge, both physical and human, are still lagging so far behind compared to the others.

In the past, they were at the forefront of knowledge and charted progress for the whole of society. They were responsible for the struggle to help poor people that later brought various reformation and development in this nation.

This question of student progress or student backwardness can of course be approached from many angles. Perhaps for the sake of discussion, we may examine how consciousness is imparted and spread amongst them these days, which may indicate how the intellect is nurtured and further developed.

The history of the student movement in Malaysia actually began even before Independence. During that time, a couple of nationalist youth movements had emerged, such as the Kesatuan Melayu Muda (KMM) and Kesatuan Melayu Singapura (KMS).

Later, the student movement experienced a lot of challenges which eventually led it to maturity. Also, the movement had achieved its brightness era in 1974 after successfully mobilising people to join in street demonstrations at the Merdeka Square to fight for the nation’s poor. That event, which was led by Anwar Ibrahim, is still remembered today as ‘Demonstrasi Baling’.

As a result, the government tightened the Universities and University Colleges Act (UUCA) and stop students firmly from expressing their opinion. This action had affected the student movement and finally it was unable to survive.

Although last week, the parliament has proceeded with amending the UUCA, which brought certain reformation to the Act, it is still not enough to revive the golden age of the student movement. Students are still not allowed to join any political parties, either as members or leaders.

This violates student rights and restrict them from thinking intellectually. The government should review the amendment and repeal all draconian sections in the Act in order to develop a new generation of progressive-thinking students.

AHMAD SHAHIR BIN ABDUL AZIZ

NATIONAL PRO STUDENT SPOKESPERSON



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:38 PM   0 comments
   Jangan Politikkan Isu Pembelian Toyota Camry
Monday, December 15, 2008
IPOH- 15 Dis. – Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini meminta orang ramai agar tidak mempolitikkan isu pembelian Toyota Camry 2.4 yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan orang ramai khususnya rakyat negeri Perak sepatutnya tidak mudah mempercayai laporan media arus perdana dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggujawab, sebaliknya mereka perlu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kerajaan negeri mengapa tindakan tersebut diambil.

“Alhamdulillah, kita telah pun mendengar penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan kita merasakan tindakan tersebut adalah wajar memandangkan kos untuk membaiki serta menyelenggara Proton Perdana adalah begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat program motivasi Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Perak di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari kononya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau menjelaskan keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk menjimatkan duit rakyat dan mengelakkan pembaziran ekoran penyelengaraan kereta Proton Perdana berkenaan begitu mahal dan merugikan.

“Pembaziran adalah amat dilarang dalam Islam, malah ia dikaitkan dengan saudara syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Maka, langkah kerajaan negeri untuk membendung pembaziran adalah lebih utama dan lebih dituntut daripada patriotik” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd Firdaus Abdullah kononnya tindakan tersebut sebagai mengkhianati Negara apabila menggunakan kereta buatan luar, beliau mengatakan pihak PPPM sepatutnya mengajukan nasihat tersebut kepada pemimpin-pemimpin negara dan menteri-menteri kabinet lain yang lebih gemar menggunakan kereta buatan luar yang lebih mahal.

Ini termasuklah langkah kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini yang bukan sahaja merupakan jenis kereta buatan luar malah jauh lebih mahal dan membazir wang rakyat.

“Saya cadangkan pihak PPPM lebih baik ajukan nasihat tersebut kepada bapak-bapak menteri yang suka beli kereta-kereta import yang jauh lebih mahal bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk anak beranak mereka” tegas beliau.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 8:18 PM   2 comments
   MAHASISWA PERAK BERSATU BERBAKTI PADA RAKYAT
Sunday, December 7, 2008


Mahasiswa bukan sahaja merupakan golongan terpelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran di menara gading, bahkan mereka juga merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa hadapan yang akan membangunkan masyarakat kelak.

Menyedari hakikat itu, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) telah mengatur suatu program khusus bersama masyarakat kampung yang dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM ‘08) yang bermula pada 29 November sehingga 3 Disember 2008. Program yang bertemakan “Mahasiswa Bersama Rakyat” tersebut telah berlangsung selama lima hari di sebuah perkampungan nelayan iaitu di Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, Manjung, Perak dengan kerjasama erat daripada Menteri Besar sendiri iaitu Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Pusat Komuniti Masyarakat DUN Pasir Panjang dan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Seramai 62 mahasiswa dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menyertai program ini dan menjadi ‘anak angkat’ kepada 24 buah keluarga di kampung berkenaan.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) Mohd Hafez Sabri, program ‘keluarga angkat’ ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut dan akan diteruskan lagi di kampung-kampung yang lain tanpa mengira daerah dan latarbelakang kampung berkenaan dan akan dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang lain (NGO).

Sementara itu menurut Pengarah program berkenaan pula, Mohd Hafizi Mohd Pauzi, program ini merupakan landasan yang terbaik kepada mahasiswa untuk mengenali dan menginsafi kehidupan masyarakat di kampung. Program ini juga berkeupayaan memberi kesedaran kepada generasi muda khususnya mahasiswa untuk terus berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Program ini telah berakhir dengan acara perasmian penutup oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Y.B. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah sebagai wakil kepada Menteri Besar, Y.A.B Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ketika menyampaikan ucapan pada perasmian penutup, beliau sungguh tertarik dengan program ini dan berharap ia akan dikembangkan lagi di kampung-kampung yang lain. Menurut beliau lagi selaku mahasiswa yang berpeluang menuntut ilmu di menara gading, menjadi kewajipan kepada mereka untuk turun bersama masyarakat bukan sahaja untuk berbakti malah untuk berdakwah dan menyeru orang ramai untuk melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran.

Setelah selesai acara penutup, semua hadirin dan peserta dijemput menyertai ‘kenduri mahabbah’ dan menjamah makanan tengah hari yang terdiri daripada makanan laut seperti ikan, udang, kepah, dan siput belutung hasil daripada gotong royong yang dijalankan antara peserta dan penduduk kampung.

Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya:

1)Forum Perdana Hal Ehwal Islam

2)Forum Pembangunan Ekonomi Mahasiswa Bersama Rakyat

3)Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat

4)Ziarah Mesra Penduduk Kampung

5)Kuliah Ilmu, Tazkirah & Ta’lim

6)Qiamullail Perdana

7)Seminar & Motivasi peringkat kanak-kanak dan Remaja

8)Sukaneka

9)Tayangan Movie Perdana

10)Perlawanan Bola Sepak antara peserta dan belia kampung

11)Gotong Royong dan Kenduri Mahabbah bersama penduduk kampung

12)Perasmian Penutup oleh YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:11 PM   0 comments
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak