Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Home: Perak, Malaysia About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan. See my complete profile
Barisan Pimpinan
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.
BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)
PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP) T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN
SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI
EXCO PENERANGAN : AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF LOW CHUN LEONG
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD
EXCO PENGANTARABANGSAAN : MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI (AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)
EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA : SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI SOLEHAH BT. SAMSUDDIN
WAKIL KAMPUS BORNEO : ALIFF B. BASRI
MAKLUMAT PENTING.
Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.
Ipoh:Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak,telah mencapai kata sepakat bagi memastikan gerakan mahasiswa perak terus maju dan gemilang dalam arus gerakan massa yang begitu mencabar sekarang ini.Mesyuarat yang berbentuk “Brainstorming” ini telah berjaya mencapai kata sepakat semua pimpinan dan ini menunjukkan bahawa Mahasiswa Perak semakin pro-aktif dalam melahirkan individu-individu mahasiswa yang cemerlang di kampus,Gemilang di negeri.
Presidennya,Saudara Mohd Hafez bin Sabri,menjelaskan "sememangnya hasrat semua pihak di negeri perak ini bermula dari kerajaan negeri sehingga kepada rakyat negeri perak,masing-masing menyokong teguh gerakan mahasiswa yang di bawa oleh BERSATU PERAK ini serta meletakkan harapan yang tinggi agar mahasiswa perak dapat bersama-sama kerajaan negeri dan rakyat dalam membangunkan minda masyarakat kearah wawasan perak baru". katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan BERSATU PERAK baru-baru ini.
Sementara itu,wakil Kampus Borneo,Saudara Aliff bin Basri menyatakan beliau akan memastikan gelombang gerakan mahasiswa perak ini akan turut dirasakan oleh mahasiswa perak yang berada di sabah dan sarawak,ini kerana peringkat pimpinan BERSATU PERAK telah menyusun program-program untuk mahasiswa perak disana dengan baik dan tersusun.
Sehubungan dengan ini,BERSATU PERAK meggesa seluruh mahasiswa,bersama-sama meningkatkan minat dan kebersamaan dalam melahirkan mahasiswa yang “Cemerlang di Kampus Terbilang di Negeri”,dengan menyertai program-program kemasyarakatan dan mengambil cakna berkenaan suasana politik negara kerana kita adalah generasi pemimpin pada masa akan datang.
Untuk Menjadi Ahli Bersatu,
anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran
kemudian setelah diisi dengan lengkap,
hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com
Anda juga digalakkan untuk membuat
salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain.
Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat
No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207
Program Terdekat
1. Down To Earth
Lokasi : Kg Gajah
Aktiviti : - Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg - Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi - Lawatan Ke Pasir Salak - Dan Lain-lain
2. Kem Pemantapan Kepimpinan
(KPK BERSATU)
Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.
Masa : 3 Hari 2 Malam
Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.
Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.
Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah
" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil
Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’
Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan
memerlukan beberapa perkara penting, antaranya
kesinambungan perjuangan, memperhebatkan
dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan
kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan
hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya
memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan
peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini
terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa
perubahan yang diharapkan.
Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting
dalam usaha membina kecemerlangan, membina
kewibawaan seterusnya membina peradaban
Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.
SASARAN GEMARAK
1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland