"Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak"

 

   LAMAN UTAMA  | WEBSITE BERSATU  | PERAK DAILY  | GEMARAK  | FRIENDSTER BERSATU  | ALBUM BERSATU  | BORANG AHLI 
Biodata

Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak
Home: Perak, Malaysia
About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.
See my complete profile
Barisan Pimpinan
MUHAMMAD HANIF


SHAHRIL NIZAM


RAFFEUIDDIN


SITI MUNIRAH
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran


.
Artikel Terdahulu
Moh Ke Perak
Photobucket

Perak Tourism

Archives
Gerakan Mahasiswa
No Fear
Pautan Universiti
Berita Isu Semasa
Waktu Solat
Sertai Kami
Click to join Bersatu_perak

Click to join Bersatu_perak

Barisan MT Bersatu
















Kenali BERSATU

Photobucket

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.

GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.


BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK
(BERSATU PERAK)


PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI
T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD
T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP)
T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN

SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA
T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG
BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI


EXCO PENERANGAN :
AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF
LOW CHUN LEONG

EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD

EXCO PENGANTARABANGSAAN :
MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI
(AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)

EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA :
SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
SOLEHAH BT. SAMSUDDIN

WAKIL KAMPUS BORNEO :
ALIFF B. BASRI



MAKLUMAT PENTING.

Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com
Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.

Anda semua dijemput untuk sama-sama mengimarahkan WEBSITE RASMI BERSATU

   BERSATU PERAK Mahu Kem Tahanan ISA Di KAMUNTING Dipindahkan Segera
Tuesday, October 28, 2008
IPOH : Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini tampil dengan pendirian tegas menyokong penuh hasrat kerajaan Negeri Perak untuk mengambil alih tapak Kem Tahanan (Kemta) di Kamunting yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pertubuhan tersebut juga mencabar kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, PAS & DAP untuk memindahkan segera kem tahanan tersebut keluar dari negeri Perak sekiranya mereka bersungguh-sungguh menentang ISA.

Ini kerana perkara berkenaan selari dengan prinsip dan manifesto Pakatan Rakyat yang diperjuangkan sejak dahulu hingga sekarang.

Menurut jurucakap Bersatu Perak, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, kini merupakan masa yang tepat untuk memindahkan kem berkenaan ke tempat lain kerana sepanjang 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan di negeri Perak.

“Oleh itu, mereka tidak seharusnya mempersiakan mandat yang telah diberikan. Sebaliknya, menjadi tanggungjawab kepada kerajaan sekarang untuk merealisasikan hasrat semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk melihat kem tahanan tersebut dipindahkan keluar dari negeri berkenaan sesegera yang mungkin” katanya.

Dalam pada itu, menurut Presidennya pula saudara Mohd Hafez Sabri ketika mengulas isu yang sama menyatakan bahawa seandainya perkara ini menjadi kenyataan, ianya akan menjadi titik perbezaan yang penting antara kerajaan negeri yang dahulu dan sekarang. Sudah pastinya rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kebebasan mahu melihat hasrat tersebut juga menjadi kenyataan.

“Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar komited mahu menghapuskan ISA, maka ini merupakan tugas utama yang perlu dilaksanakan setelah diberi peluang untuk mentadbir di negeri berkenaan” tambahnya lagi

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 11:11 PM   0 comments
   Selamat Menyambut Depavali
Sunday, October 26, 2008
Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Hari Deepavali dirayakan sebagai pesta cahaya, yang melambangkan kemenangan kebaikan atas kejahatan, satu kisah yang begitu lama digarap dalam ketamadunan manusia sejak dahulu lagi.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua supaya sentiasa berusaha memastikan setiap kejahatan di atas bumi ini tertumpas dengan menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh kerana itu, kita selaku pemuda, yang berjiwa muda, dan bersemangat waja, perlu meneruskan perjuangan menegakkan keadilan hari ini, yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan.

Justeru marilah kita bersama-sama mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan di Perak khususnya dan Malaysia amnya. Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Negeri Perak yang beragama hindu.

Presiden BERSATU
Mohd Hafez B. Sabri

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 5:37 PM   0 comments
   Pakatan Rakyat berprihatin dan berkebajikan
Saturday, October 25, 2008

Nizar dan bekas Dato Bandaraya Ipoh,sedang menyampaikan
sumbangan kepada warga emas dalam majlis 'Jalinan Kasih'

Ipoh 22 Oktober 08 : Satu majlis khas dengan diberi nama 'Jalinan Kasih' sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali bagi gulungan yang kurang bernasib baik , seperti ibu-ibu tunggal, warga emas dan Orang kurang Upaya (OKU) telah diadakan dikediaman Menteri Besar , Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin pada jam 3.00 petang.



Beberapa persembahan menarik telah turut dipertontonkan oleh kalangan mereka sendiri seperti persembahan permainan angklong dari sekolah Semangat Maju Ipoh , gesekan violin oleh adik kecil berumur 9 tahun, Joy Margaret Anthony, yang bermain melalui latihan sendiri tanpa tunjuk ajar guru, dan persembahan tarian gelang rotan yang sangat menakjubkan dari murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh.


Beberapa kenamaan telah turut serta dalam majlis yang memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap gulungan yang kurang bernasib baik. Antaranya ialah Exco Tn HJ Zainudin Mohd Yusof, bekas Dato Bandaraya Ipoh,Ismail Shabudin, Adun Cangkat Jong, YB Tn Hj Mohd Anuar Sudin dan isteri,dan lain-lain



Sumber : Cikgu Hussin


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:07 AM   0 comments
   MAIP Terima 5.5 Juta Wang Zakat
Sempena mesyuarat Majlis Agama Islam Perak ( MAIP ) pagi kelmarin, yang diadakan di bangunan Kompleks Islam Perak Darul Ridzuan , YAB Dato Seri Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin selaku pengerusi State Agricultural Development Corporation ( SADC ) atau Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan juga Lembaga Air Perak ( LAP ) telah mempersembahkan kebawah Duli Tuanku Raja Muda Perak, Dr Nazrin Shah, wang zakat perniagaan berjumlah RM 5.5 Juta.

SADC yang ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak , merupakan sebuah badan berkanun Negeri Perak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ia menjalankan aktiviti secara langsung atau tidak langsung bagi membantu orang perseorangan, kumpulan atau agensi di dalam menggalakan industri pertanian.

Tahun ini dibawah pengerusi barunya, Mohammad Nizar, perbadanan ini mampu mengeluarkan zakat berjumlah RM1.8 juta

Sementara itu, LAP pula merupakan pengeluar zakat terbesar di negeri Perak dengan jumlah RM3.7 Juta

Kutipan zakat dari kedua-dua perbadanan tersebut dipercayai adalah sumbangan yang terbesar dari kutipan-kutipan yang sebelumnya selama ini.

Pejabat Agama Islam bahagian zakat apabila ditanya tentang sumbangan zakat yang pernah diterima dari dua badan koperat tersebut sebelum ini tidak mahu mengulas lebih lanjut tentangnya melainkan berkata:

“Adalah juga tahun lalu; tapi tidaklah sebesar sumbangan ditahun ini,” jelasnya ringkas.

Nampaknya bertambah berkat dua badan koperat tersebut sejak Mohammad Nizar menjadi Pengerusinya. Semoga terus mendapat limpahan rahmat dan terus maju dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Sumber :
Misbahul Munir Masduki
Setiausaha Politik YAB MB Perak

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:48 AM   0 comments
   Isu Kenaikan Cukai Tanah 500% Hanya Gimik Politik
Tuesday, October 21, 2008
IPOH 21 Oktober: Isu cadangan menaikkan cukai tanah sebanyak 500% oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini selesai setelah diadakan perbincangan khusus antara beberapa pemimpin Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) dengan pihak kerajaan negeri.

Menurut Presidennya, saudara Mohd Hafez Sabri, hasil daripada perbincangan tersebut didapati bahawa isu tersebut hanyalah merupakan propaganda yang dimainkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dengan menuduh seolah-olah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab dan menzalimi orang ramai.

"Kami telah berjumpa sendiri dengan wakil kerajaan negeri dan hasilnya kami dapati bahawa isu ini hanyalah gimik politik yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan" katanya.

"Kami juga kesal dengan tindakan beberapa media arus perdana di negara ini khususnya Utusan Malaysia yang membuat liputan yang tidak berasas dan membuat pembohongan kepada orang ramai. Justeru kami mendesak kepada mereka untuk memohon maaf segera atas pembohongan yang dilakukan" ujarnya lagi.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:55 PM   0 comments
   MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) Perlu Kaji Semula Kenaikan Cukai Pintu 500%
Monday, October 20, 2008
IPOH 16 Oktober: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini mendesak agar pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengkaji dan meneliti semula cadangan untuk menaikkan cukai pintu hartanah sebanyak 500% bermula November ini..

Ini kerana kadar kenaikan cukai taksiran tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah memandangkan setiap penduduk di kawasan berkenaan terpaksa membayar sebanyak RM691.20 setahun berbanding RM 108.80 setahun sebelum ini.

Isu kenaikan cukai berkenaan dibangkitkan baru-baru ini oleh seorang penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor dalam ruangan berita utama Utusan Malaysia bertarikh 16 oktober di mana menurut beliau kenaikan tersebut akan berkuatkuasa November ini.


Dalam pada itu, menurut Presiden Bersatu Perak, saudara Mohd Hafez Sabri, sekiranya pihak MBI mendapati bahawa kenaikan cukai taksiran itu perlu disebabkan terpaksa menanggung kenaikan kos pengurusan yang lebih tinggi dan sebagainya, pihak MBI sepatutnya tidak mengambil tindakan drastik dengan menaikkan serta-merta pada paras yang terlalu tinggi sehingga membebankan penduduk.

Ini kerana kenaikan mendadak sebanyak 500% tersebut akan menambahkan lagi beban orang ramai kerana terpaksa menanggung pelbagai kos perbelanjaan dalam kehidupan seharian. Tidak cukup dengan harga barangan yang tinggi ekoran kedegilan para peniaga untuk menurunkan harga jualan, cadangan MBI berkenaan sudah pasti akan menambahkan lagi parah kesengsaraan kehidupan mereka.

"Sehubungan dengan itu, kami juga mahukan agar pihak kerajaan negeri campur tangan dalam isu ini kerana ia membabitkan masalah kehidupan dan keselesaan rakyat memandangkan telah banyak kedengaran suara-suara yang marah dan tidak berpuas hati serta membantah cadangan tersebut" katanya.



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 3:19 AM   0 comments
   Bersatu Bersama Rakyat
Tuesday, October 14, 2008
Pada 8 Oktober yang lalu, bencana ribut telah melanda Ladang Felcra Nasharudin yang mengakibatkan hampir 80 buah rumah musnah. Rentetan dari peristiwa itu, Bersatu Perak telah mengambil inisiatif yang cemerlang bagi membantu penduduk Felcra tersebut.

Pada 9 Oktober, Bersatu telah melancarkan Tabung Kutipan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada ahli qariah Ladang Felcra Nasharudin. Pelancaran Tabung tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Hafez Sabri selaku Presiden di Akademi Pengajian Islam UM. Kutipan ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah IPT sekitar Lembah Klang dan Perak oleh wakil-wakil Bersatu yang telah diamanahkan.

Pada 10 Oktober, Bersatu telah mengahantar beberapa wakil ke tempat kejadian untuk merasai sendiri kesusahan yang dihadapi seterusnya menyumbangkan tenaga dalam membantu penduduk felcra tersebut. Menurut saudara Kamal Ihsan yang mewakili Bersatu ke tempat kejadian, kehadiran wakil-wakil Bersatu ke sana disambut baik oleh penduduk qariah. Malah mereka melahirkan tanda syukur dan gembira di atas komitmen dan bantuan yang diberikan. Apa yang lebih mengagumkan
mereka ialah Bersatu merupakan gerakan mahasiswa yang pertama turun ke kampung tersebut untuk memberikan bantuan dan sumbangan dalam meringankan beban yang dihadapi.

Ini meru
pakan kejayaan cemerlang bersatu dalam menggapai misi yang telah ditetapkan yakni Memperjuangkan Hak, Isu dan Kepentingan Mahasiswa dan Masyarakat. Sekalipun Bersatu seakan-akan baru berumur setahun jagung kerana penubuhannya baru mencecah 2 bulan, tetapi Bersatu telah membuktikan bahawa penubuhannya sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang didokongi oleh Mahasiswa mampu untuk memberikan satu ketumbukan yang padu dan sumbangan yang besar kepada Negeri Perak.

Mudah-mudahan langkah kecil Bersatu ini, seterusnya menghasilkan langkah seorang pahlawan yang gagah dalam mendokong visi dan misi yang telah ditetapkan.

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 12:52 AM   0 comments
   Finally The Assumption Was Over
Friday, October 10, 2008
Eventually, Pak Lah has decided to step down from his post and willing to withdraw from UMNO contest on March 2009. In my opinion he took a responsible decision by acknowledging people’s will on the last general election. Even though he gained massive support previously, especially by the decision of the 2004 general election, he took for granted and failed to perform very well particularly on how to solve people’s tension after enhancing fuel prices for three times. Finally, Malaysians voters regardless of race and religion agreed to change and swing their votes to support opposition parties.

Meanwhile, how about Najib? Do you think that he is the best replacement of Pak Lah as a Prime Minister and UMNO President? I don’t think so. In fact, he should also keep responsibility for what had happened on the last general election as well as Pak Lah and the other UMNO leaders.

For me, if UMNO really want to regain people believe, they have to appoint Muhyiddin Yassin to replace Pak Lah as he is quite clean and better then Najib. Actually, Tengku Razaleigh Hamzah is one of the leaders who have a good reputation to guide UMNO leadership, but he is quite irrelevant and too veteran in the competition.

Besides, for the UMNO Deputy President post, in my view it’s should be given to “UMNO reform leaders” either Dr. Ahmad Zahid Hamidi or Shahrir Samad.

Whatever decision will be made, it’s depending to UMNO delegates to choose anybody they want. The power is in your hand, just change if you are really wanted to reform UMNO!!!

AHMAD SHAHIR BIN ABDUL AZIZ

HIGH COMMITTEE
STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL
UNIVERSITY OF MALAYA

Aras 3, Block F, Kompleks Perdanasiswa,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

No Tel: 013-5303500
Blog: shahiraziz.blogspot.com
Web: mahasiswakini.com

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 4:01 AM   0 comments
   80 RUMAH MUSNAH DILANDA RIBUT
Thursday, October 9, 2008
IPOH 8 Oktober : Allah seakan menguji kesabaran sebahagian penduduk Ladang Felcra Nasharudin, berdekatan Seri Iskandar, dekat sini, selepas memberi mereka ketenangan beribadat pada Ramadhan dan menyambut IdilFitri, kerana kurang seminggu kemudian menghantar “tenteranya” merencatkan kebahagian mereka.

Akibatnya kira-kira 80 rumah direntap bumbung dan dindingnya oleh ribut dalam kejadian pada Selasa itu. Mengikut beberapa penduduk kejadian itu hanya mengambil masa antara satu dan dua minit sahaja apabila kelihatan kepulan seumpama kabus menerpa ke arap pokok dan rumah, lantas menerbangkan apa sahaja yang berada di laluannya.

Bagaimana pun syukur Alhamdullilah kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu. Sewaktu tinjauan dibuat tengahari Rabu, kelihatan penduduk sedang membersihkan kawasan rumah masing-masing dan ada yang cuba memperbaiki kerosakan rumah dan menyelamatkan harta benda yang masih boleh terpakai

Pujian juga harus diberikan pada anggota Unit Amal PAS yang berkampung di kawasan kejadian. Mereka membantu seboleh mungkin termasuk menyediakan makanan di kawasan kantin sekolah menengah di ladang itu. Sekumpulan anggota unit amal kelihatan kemudian mengagihkan makan tengahari (nasi) kepada mangsa di rumah-rumah terbabit.

Semasa tinjauan dibuat, Setiausaha Akhbar kepada MB Sdr Anuar Hashim dan Pembantu Khas kepada MB Sdr Amran Harun telah mengiringi Setiausaha Politik MB Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki untuk menyampaikan bantan segera Menteri Besar kepada keluarga yang terbabit.

Adalah dianggarkan kerugian melibatkan ratusan ribu ringgit memandangkan bumbung masjid yang baru siap dan belum digunakan juga telah terkopak diterjah ribut itu.

Sumber : perakdaily

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:16 PM   0 comments
   Delegasi Imam China Kunjungi Nizar.
IPOH 8 Okt : Satu delegasi seramai 30 imam dari negara China telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak di kediaman rasminya hari ini.

Kunjungan tersebut dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim saudara seagama antara negara China dan negara Malaysia, khususnya negeri Perak Darul Ridzuan.

Delegasi yang diketuai oleh Dr Ahmad Musa Wang, turut diiringi oleh seorang jurubahasa dari Peratuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh.Kehadiran mereka telah diraikan dalam satu majlis jamuan sempena perayaan Idulfitri.

Dalam ucapannya, YAB Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin , telah menyatakan rasa kagumnya diatas kebolehan para imam dalam menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab.

Delegasi tersebut turut mempamerkan kebolehan salah seorang imam dalam persembahan seni wushu yang amat menarik.

Selain itu, seorang lagi telah menunjukkan kebolehan seni kaligrafinya kepada Nizar dan hadirin yang sangat mengkagumkan.

Delegasi 30 Imam dari China seumpama ini juga pernah mengadakan lawatan ke Perak di bulan Ramadhan tahun lepas sewaktu era YB Dato Seri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak.

Imam-imam berkenaan adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke negara ini. Mereka berada di Ipoh selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kedah.

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:15 PM   0 comments
   Kenyataan Media GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK) : Tindakan Pemecatan Bukti Kerajaan Negeri Perak Telus
Kami di peringkat Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) berpendirian tegas dan menyifatkan tindakan drastik Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan merupakan tindakan yang sangat wajar.

Ini kerana langkah tersebut bukan sahaja memberi pengajaran kepada kakitangan awam kerajaan negeri bahkan ia merupakan suatu amaran dan peringatan keras kepada para pemimpin yang dilantik mewakili kerajaan negeri supaya tidak menggadaikan prinsip perjuangan, sebaliknya menjadi kewajipan kepada mereka untuk terus mempertahankan integriti dan kredibiliti diri untuk tidak mudah terpengaruh dengan najis rasuah.

Selain itu, kami juga berpendapat bahawa tindakan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengisytiharkan pemecatan Zul Hassan pada 29 September lalu mencerminkan keikhlasan kerajaan negeri dalam merialisasikan sebuah pemerintahan yang bersih, cekap dan beramanah.

Oleh itu, kami amat berbesar hati dengan tindakan tersebut dan ia sekaligus membuktikan ketelusan pemimpin kerajaan negeri dalam memerangai rasuah dan penyalahgunaan kuasa tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik yang dianuti.

Walaubagaimanapun, mengenai cubaan pihak tertentu yang mengaitkan perangai Zul Hassan ini dengan perangai pemimpin-pemimpin kerajaan negeri merupakan suatu tindakan jahat dan menyimpang jauh sama sekali. Ini kerana adalah tidak adil kita menyamakan semua pemimpin kerajaan negeri dengan perangai tidak bertanggungjawab tersebut hanya disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur.

Oleh yang demikian, kami berharap agar kerajaan negeri akan terus konsisten dalam memerangi segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang adil dan bersih di samping terus memperjuangkan hak dan nasib rakyat khususnya golongan yang memerlukan.

AHMAD SHAHIR BIN ABDUL AZIZ

KETUA PENERANGAN
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)

NO 10 JALAN KEKWA,
KAMPUNG TERSUSUN,
PENGKALAN PEGOH, LAHAT,
31500 IPOH, PERAK

NO TEL: 013-5303500

Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:33 AM   0 comments
   PEMBERIAN BONUS : Negeri Lain Patut Contohi Perak
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini menyambut baik pengumuman Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin berkenaan pemberian bonus kepada kira-kira 8,000 pegawai dan kakitangan awam negeri Perak Darul Ridzuan.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu Perak, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, pemberian bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM 1200 ini merupakan usaha yang murni dan patut dicontohi oleh negeri-negeri yang lain.

"Pemberian bonus sebulan gaji ini merupakan usaha yang harus dipuji kerana ia sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan beban rakyat khususnya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi" katanya.

Dalam pada itu, pengumuman ini juga membuktikan secara langsung kepekaan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak kepada rakyatnya yang menghadapi beban kehidupan yang semakin kompleks.

Jika sebelum ini seluruh rakyat khususnya di negeri Perak mengeluh dan terpaksa menanggung beban kenaikan harga barangan yang meningkat mendadak, tetapi kini mereka boleh menarik nafas lega dan tersenyum lebar lanjutan daripada insentif dan usaha efektif yang dilaksanakan ini.

Oleh yang demikian, langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Perak ini seharusnya dicontohi dan diikuti oleh negeri-negeri yang lain sebagai usaha untuk mengurangkan lagi tekanan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat di negeri masing-masing khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

AHMAD SHAHIR ABDUL AZIZ

KETUA PENERANGAN
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)

NO.10, JALAN KEKWA,
KG TERSUSUN PENGKALAN PEGOH,LAHAT,
31500 IPOH, PERAK

013-5303500



Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 2:32 AM   0 comments
   BERSATU mahu tindakan ADIL dan TEGAS
Tuesday, October 7, 2008
Mahasiswa Bersatu Perak,bersetuju dengan tindakan tegas dan adil yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin keatas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang telah membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai “sedekah” telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut.

Menurut Mohd Hafez Sabri Presiden (BERSATU) “Di peringkat Mahasiswa Perak kami melihat keputusan ini dibuat kerana beliau tidak layak untuk mewakili kerajaan dalam majlis (kerajaan tempatan) ,dan dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan pimpinan pakatan rakyat perak tidak boleh melindungi pemimpin yang tidak berguna untuk rakyat disebabkan kesalahan berat mereka lakukan akan tetapi, Pimpinan pakatan rakyat perak mestilah berusaha melindungi kekuatan kerajaan PR Perak dalam rangka kerja bagi meningkatkan reputasi cemerlang dalam usaha menabur bakti kepada rakyat perak”. Disini dapat dilihat kehendak di peringkat mahasiswa perak selari dengan tindakan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan pimpinan negeri dalam mennyelesaikan kes ini secara baik.

Sehubungan itu kami di peringkat mahasiswa perak ingin membangkitkan beberapa perkara dan persoalan, Antaranya kaedah membawa saksi Imran ke mahkamah ialah melalui pengakuan Zul Hassan dan Azrim yang telah didorong oleh Imran untuk menerima ’sedekah seks’. Cuma apa yang dibimbangi adakah Jumri Suri akan menggunakan tangan ghaibnya dengan tidak memanggil saksi Imran? Sekiranya Imran dibawa ke mahkamah syariah, sebahagian kes melibatkan dua exco dan Usaili akan dijawab. Siapa yang mintak duit begitu banyak? Apa kerja sebenar Imran? Bagaimana BPR boleh terlibat? Siapa yang bawa pelacur Cina melacur? Kenapa bagi pelacur Cina kepada mereka? Bagaimana dengan undang-undang imigresen terhadap pelacur ini? Siapa yang luluskan pelacur Cina boleh melacur? Dan soalan paling utama, siapa majikan Imran dalam percaturan kotor ini?

Mahasiswa perak sentiasa menunggu jawapan daripada Imran,serta menggesa pihak BPR dan mahkamah supaya menyoalsiasat Imran secara terperinci serta berlaku adil dengan menyiasat siapakah dalang yang telah menjadi punca kepada perlakuan maksiat tersebut berdasarkan Seksyen 29 yang telah diperuntukkan.Mahasiswa juga menggesa supaya Imran dan “rakan sepasukannya” sama sekali tidak boleh dilindungi oleh kuasa politik kotor,Ini adalah kerana berkemungkinan terdapat dalang konspirasi kes ini dalam strategi menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat perak?

Labels:


Baca Selanjutnya!
posted by Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak @ 10:05 PM   0 comments
Enjin Pencarian
Google Search
Iklan Penting
Daftar Sebagai Ahli BERSATU

Untuk Menjadi Ahli Bersatu, anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran kemudian setelah diisi dengan lengkap, hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com

Anda juga digalakkan untuk membuat salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain. Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk Memuat Turun Borang Klik Di Sini

Sebarang bentuk artikel yang ingin dikongsikan bersama, bolehlah di emailkan kepada kami. Pandangan, cadangan, dan komen yang membina dialu-alukan.
mahasiswa_perak@yahoo.com

Sumbangan
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207

Photobucket
Program Terdekat
1. Down To Earth

Lokasi : Kg Gajah

Aktiviti :
- Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg
- Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi
- Lawatan Ke Pasir Salak
- Dan Lain-lain

2. Kem Pemantapan Kepimpinan

(KPK BERSATU)

Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.

Masa : 3 Hari 2 Malam

Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.

Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.

Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah

" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’ Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan memerlukan beberapa perkara penting, antaranya kesinambungan perjuangan, memperhebatkan dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting dalam usaha membina kecemerlangan, membina kewibawaan seterusnya membina peradaban

“Mahasiswa Pemimpin Generasi Masa Hadapan”

Bicara Mahasiswa

Free chat widget @ ShoutMix
Kenali GEMARAK
OBJEKTIF GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.

GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

SASARAN GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

Laman Rasmi GEMARAK

Peta Perak
Photobucket

Klik Di Sini
Carian Al Quran & Hadith
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Iklan & Tajaan
Photobucket
Pakej Usahawan Internet
Jumlah Pengunjung
 Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ~Sirru Ala Barkatillah~ Template by @ Mahasiswa Perak