Name: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Home: Perak, Malaysia About Me: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak merupakan satu badan bukan kerajaan yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berasal dan menuntut ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan. See my complete profile
Barisan Pimpinan
Demi Masa
Demi masa..Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisma, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.Ia juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM, STPM dan STAM samaada di IPT, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ dan sebagainya di dalam dan luar negara.
GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU) telah didaftarkan dengan surat ikatan amanah pada 28 Ogos 2008. Dengan ini BERSATU secara rasminya menjadi pertubuhan yang rasmi dan diiktiraf.
BARISAN PIMPINAN GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU PERAK)
PRESIDEN : MOHD HAFEZ B. SABRI T.PRESIDEN 1 : ABD MUDZIL B. MAHAMOD T.PRESIDEN 2 : WONG YIM CHAN (RCMP) T.PRESIDEN 3 : BAHWANI A/P KANDIAPAN
SETIAUSAHA : RAFFEUIDDIN B. BUHOLIA T. SETIAUSAHA : ONG JING CHENG BENDAHARI : SITI MUNIRAH BT. AHMAD DAMANHURI
EXCO PENERANGAN : AHMAD SHAHIR B. ABDUL AZIZ
T. SUBRAMANIAM
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN MUHAMMAD HANIF B. MOHD YUSUF LOW CHUN LEONG
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN AHMAD BAKRI B ZUBIR
NAJLA SHAZANA BT MOHAMMAD
EXCO PENGANTARABANGSAAN : MUHAMMAD NAZIRUL B M. SABRI (AL AZHAR MESIR)
HASBULLAH B ALIAS (MANCHESTER)
EXCO PERHUBUNGAN & MEDIA : SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI SOLEHAH BT. SAMSUDDIN
WAKIL KAMPUS BORNEO : ALIFF B. BASRI
MAKLUMAT PENTING.
Kami menyeru kepada semua rakan-rakan mahasiswa agar dapat menyatakan pendirian anda terhadap suasana dan isu politik Perak. Emailkan artikel anda ke mahasiswa_perak@yahoo.com Artikel anda akan di muatkan di ruangan Sudut Pembaca Website Rasmi Bersatu.
Makluman Kepada Semua Pengunjung, Segala Maklumat Terkini BERSATU bolehlah diperolehi dengan melayari WEBSITE RASMI BERSATU di http://siswaperak.com/v1/
1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.
2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.
3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.
4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.
5.“Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”
6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.
Usaha-usaha untuk merampas kerajaan Perak secara tidak demokratik akan memberi implikasi negative kepada pihak yang mempeloporinya. Demikian kata Timbalan Presiden 3 (BERSATU PERAK), Bahvani a/p kandiapan “Usaha-usaha merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik dengan mengenepikan sistem pilihanraya akan menghadapi kesan lebih negative daripada rakyat yang telah memilih kerajaan yang ada bagi mentadbirnegeri ini,” Ujarnya.Malah jelasnya rakyat akan berasa lebih marah dan kecewa dengan cara zalim BN untuk merampas kerajaan perak.
Selain itu hasil kaji selidik yang dilakukan oleh unit penyelidikan BERSATU PERAK mendapati,rata-rata rakyat negeri perak tidak tidak berpuas hati dengan cara yang dilakukan oleh BN ini,mereka sememangnya tidak menghormati keputusan rakyat yang telah memberikan mandat kepada kerajaan yang ada PR menerusi piliharaya umum lalu.
Menurut Timbalan Presiden 2 (BERSATU PERAK) Wong Yim Chan ”Jika ada ahli dewan undangan negeri yang ingin meletakkan jawatan daripada memegang amanah sebagai wakil rakyat mereka perlulah memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat baru mereka,namun cara yang salah seperi memujuk dan memberikan rasuah kepada sorang wakil rakyat dengan menggunakan apa jua jenis suapan adalah tidak demokratik dan menyimpang.Demikian jelas beliau selaepas menghadiri mesyuarat Pimpinan BERSATU PERAK di ipoh semalam.
Sehubungan itu diperingkat Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak menggesa rakyat negeri perak terutama golongan Intelektual dan profesional memahami dan menyelidiki situasi sebenar kemelut politik di negeri perak ini,selaku mahasiswa kita tidak dapat menerima sesuatu yang bertentangan dengan nilai kebijaksanna kerana generasi kita tidak boleh dipimpin oleh golongan zalim dan penuh dengan kerosakan nilai moral.
Persiden BERSATU PERAK,, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.
Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.
"Saya melihat ini adalah strategi kotor yang disusun BN,mereka telah menafikan hak rakyat dengan memperbodohkan rakyat,kami diperingkat mahasiswa sesekali tidak akan tunduk terhadap kezaliman yang berlaku di perak,fakta menunjukkn bahawa pengundi saluran 4 (pengundi muda) adalah jumlah yang terbanyak menolak kezaliman BN pada pilihanraya umum yang lepas,.
"Saya ingin menegaskan disini,bahawa kami generasi muda tidak sesekali membenarkan generasi kami dipijak-pijak oleh pemimpin yang zalim dan kami sentiasa memastikan generasi kami ini adalah generasi yang akan memumbangkan segala kezaliman yang berlaku,kami sentiasa bekerja untuk mencapai matlamat kami dan ianya tiada titik noktah .memetik kata-kata beliau di Sekateriat Anak Muda Perak ketika di temuramah wartawan
Ipoh, 5 Feb - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) malam tadi menyatakan bahawa front mahasiswa itu tidak mengiktiraf rampasan kuasa dengan cara kotor yang berlaku ke atas kepimpinan Perak.
Presiden BERSATU, saudara Mohd Hafez Sabri ketika ditemui menyatakan di peringkat BERSATU amat kecewa dengan suasana politik Perak apabila berlakunya perbuatan rasuah dan ugutan dalam rampasan kuasa oleh Barisan Nasional ke atas Perak.
“BERSATU amat mengutuk segala perbuatan yang mempunyai unsur rasuah dan ugutan. Suasana di Perak menunjukkan beberapa pihak seperti tidak menghormati pilihan rakyat dalam memilih pemimpin sebaliknya mensabotaj dan bertindak di luar batas etika,”ujar beliau.
Media difahamkan BERSATU bersama-sama dengan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Pro Mahasiswa Nasional dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan rapat umum dan himpunan di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.
Dalam perkembanmgan lain, sehingga kini pembubaran Dun belum berlaku lagi,
Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan.
Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.
Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.
Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.
Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.
Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.-mahasiswakini
Berikut apa yang dapat kita simpulkan secara ringkas untuk pemahaman dan hebahan,.
Fakta Ringkas Kejadian
1. ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat adalah ADUN Behrang, Jamaludin Abu Bakar (PKR), ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Hip Hong (DAP). Manakala ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada 25hb Januari lalu menyertai semula BN.
2. TPM Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan media dengan kehadiran ke empat ADUN di atas dan mendakwa Barisan Nasional telah mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan majoriti baru yang mereka perolehi dengan penyertaan 4 ADUN berkenaan.
3. Ketiga ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat menyatakan mereka parti bebas yang memberi sokongan bagi Barisan Nasional. Kecuali ADUN Bota Nasarudin yang menyertai semula BN.
4. Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah 28 PR, 3 Bebas, 28 BN
5. Bilangan kerusi adalah sama 28-28 dengan mengambil kira status 3 kerusi DUN belum diputuskan mahkamah.
6. Kaedah peralihan kuasa itu tidak termasuk dalam 3 cara yang dibenarkan oleh Undang-undang Tubuh.
Kenapa Mahasiswa Membantah Keras BN memerintah perak
1. Kerana tanpa mandat Rakyat
2. Melalui cara yang tidak demokrasi
4. Boleh menimbulkan perbalahan antara kaum
5. Suara hati rakyat perak di nafikan
6. Perak adalah Kepunyaaan rakyat bukannya kepunyaan pemimipin zalim
7. BN telah merampas dengan cara kotor mandat rakyat untuk memlih pemimpin mereka, cara BN adalah cara yang tidak demokrasi kerana terdapat unsur,rasuah,ugutan,pengkhianatan dan ini menjadi hujah bagi rakyat perak menolak kehadiran BN dengan cara kotor dalam kerajaan negeri perak
Untuk Menjadi Ahli Bersatu,
anda hanya perlu memuat turun borang pendaftaran
kemudian setelah diisi dengan lengkap,
hantar semula borang tersebut ke email bersatu di mahasiswa_perak@yahoo.com
Anda juga digalakkan untuk membuat
salinan borang ini dan diedar kepada rakan-rakan yang lain.
Borang tersbut boleh lah dihantar ke Sekretariat BERSATU beralamat
No 12 Jalan Pantai Murni 5, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Bendahari BERSATU Siti Munirah Ahmad Damanhuri atas nama Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di akaun Maybank : 564258329207
Program Terdekat
1. Down To Earth
Lokasi : Kg Gajah
Aktiviti : - Ziarah Mesra Bersama Penduduk Kg - Forum Perbincangan Hal Ehwal Kebajikan dan Ekonomi - Lawatan Ke Pasir Salak - Dan Lain-lain
2. Kem Pemantapan Kepimpinan
(KPK BERSATU)
Himpunan Kepimpinan Pelajar-Pelajar Sekolah Perak.
Masa : 3 Hari 2 Malam
Pelbagai Program Menarik Telah Di Sediakan.
Ate tunggu ape lagi yop. Moh same-same dengan BERSATU untuk menjayakan program yang menarik ini.Aje yang benorr.
Sebarang Pertanyaan boleh lah terus menghubungi Saudara Hafez Sabri di 0133190807/0195255990
Kata Hikmah
" Memetik kata-kata Saudara Mustafa Kamil
Ayub dalam bukunya ‘Menangani Cabaran’
Katanya, “Pemantapan masa depan perjuangan
memerlukan beberapa perkara penting, antaranya
kesinambungan perjuangan, memperhebatkan
dakwah, memperkemaskan tarbiyah, kewibawaan
kepimpinan dan organisasi serta adanya binaan
hubungan dan perpaduan sejagat.” Maka ianya
memerlukan kebersamaan semua bagi memastikan
peradaban gerakan yang dibawa oleh mahasiswa ini
terjunjung dengan baik sehingga mampu membawa
perubahan yang diharapkan.
Ini menunjukkan bahawa aspek rohaniah itu penting
dalam usaha membina kecemerlangan, membina
kewibawaan seterusnya membina peradaban
Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.
SASARAN GEMARAK
1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland
2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland
3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland